Siakap Keli

10 Negara Paling Selamat Diduduki Tahun 2019, Negara Jiran Turut Tersenarai

Indeks Keamanan Global adalah satu senarai yang menghimpunkan negara-negara paling selamat di dunia. Laporan ini diterbitkan setiap tahun oleh Institut Ekonomi dan Keamanan Dunia. Laporan ini adalah untuk meneliti keadaan sesebuah negara bagi menentukan negara mana yang paling selamat atau sebaliknya (paling berbahaya).

Sebanyak 163 negara dipaparkan dalam laporan tersebut. Terdapat 23 indikator yang berbeza digunakan untuk menentukan betapa selamat atau berbahayanya sesebuah negara. Faktor-faktor ini dipecah menjadi kategori berikut:

a. Konflik Antarabangsa dan Domestik
b. Kawalan dan Keselamatan Masyarakat
c. Ketenteraan

Faktor-faktor yang turut digunakan untuk menyusun laporan ini termasuk:

a. Jumlah konflik dalaman dan luaran
b. Tahap kesangsian
c. Kestabilan politik
d. Potensi (tindakan) pengganas
e. Bilangan pembunuhan
f. Jumlah perbelanjaan ketenteraan dengan peratusan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar)

Berdasarkan faktor-faktor ini, skor dikira untuk setiap 163 negara yang dipaparkan dalam laporan tersebut. Semakin rendah skor, semakin tinggi kedudukan negara dari segi keselamatan.

Menurut laporan versi tahu 2018, negara Iceland dianggap sebagai negara paling selamat di dunia. Ini bukan tahun pertama negara ini menerima penghormatan berkenaan. Malah, 2018 adalah tahun ke-11 berturut-turut mencatatkan Iceland sebagai negara paling selamat di dunia.

Dan bagi tahun 2019, sekali lagi Iceland mengungguli carta apabila muncul sekali lagi di tempat pertama diikuti dengan New Zaeland.

10 negara paling selamat di dunia adalah seperti berikut:

[1] Iceland

Guide to Iceland

[2] New Zealand

Gambar: Straightime

[3] Austria

Gambar: Seoldam Autria

[4] Portugal

Gambar: Idealist

[5] Denmark

Gambar: The Compenhagen Post

[6] Kanada


[7] Republik Czech

Gambar: PlanetWare

[8] Singapura

Gambar: The Business Times

[9] Jepun

Gambar: Dezeen

[10] Ireland

Gambar: Irish Times

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa persamaan antara negara paling selamat di dunia, seperti tahap kekayaan, kebajikan sosial dan pendidikan mereka.

Di samping itu, negara-negara ini mempunyai sistem keadilan jenayah yang berkesan dan pihakĀ  kerajaan mengekalkan hubungan yang baik dengan rakyat di negara mereka.

Sumber: World Population Review

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)