Siakap Keli

Netizen Kecam Logo Bulan Sukan Negara Mirip Hidung Babi

Perkongsian logo Bulan Sukan Negara (BSN) di akaun facebook rasmi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sejak semalam mendapat perhatian ramai netizen apabila reka bentuknya dikatakan menyerupai hidung ‘khinzir’.

Malah, dakwaan itu turut dihangatkan apabila logo tersebut diterbalikkan ke bahagian bawah daripada logo asal yang dimuat naik di laman sosial.

Susulan itu, rata-rata netizen mula mempersoalkan pemilihan logo baru berkenaan yang dikatakan tidak sensitif dan seharusnya diperbaiki supaya tidak menimbulkan fitnah sebelum perlaksanaan BSN pada bulan Oktober ini.

Difahamkan, berdasarkan keterangan KBS di Facebook rasmi, logo Bulan Sukan Negara bukan hanya sekadar akronim (BSN), akan tetapi ia terdiri daripada bentuk organik yang mewakili suasana yang mesra dan santai dalam sukan.

Bentuk tepi bulat dan tajamnya pula dikatakan sebagai mewakili kuasa, kestabilan dan profesionalisme.

Logo orang malas fikir?

Mirip hidung babi

Tak ada ‘design’ yang lebih elok ke?

Menyentuh sensitiviti dan menyerupai haiwan

Sumber : Twitter

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra