Siakap Keli

Pemergian Dicemburui, Bilal Rebah Lepas Selesai Laungkan Azan Isyak, Hembus Nafas Terakhir Di Rumah Allah

Tiada siapa yang tahu bila rohnya akan dijemput Ilahi namun pasti semua mempunyai keinginan untuk ‘pergi’ dalam keadaan khusnul khatimah. Benar, siapa yang tak mahu meninggal dunia dalam keadaan terbaik serta memperolehi kemuliaan di sisi Allah SWT.

Malam tadi, heboh di laman Facebook tentang ‘pemergian terindah’ seorang bilal yang didakwa meninggal dunia setelah selesai melaungkan azan. Hantaran yang mula dimuatnaik oleh laman Facebook Masjid Annur Felda Teloi Timur itu menjadi tular sekelip mata.

Malam ini berlaku kematian di masjid annur felda teloi timur.

Beliau ialah Bilal sukarela di masjid ini. Beliau jatuh rebah dan meninggal selepas melaungkan azan isyak yang terakhir pada malam ini.

Seorang peneroka Ahmad Bin Saad (Mat CB). Jalan Ciku, Blok K, Felda Teloi Timur. Seorang yg aktif di masjid dan selalu melaungkan azan secara sukarela di masjid..

Hilang lagi sebutir permata, meninggal pada malam jumaat.

Perkhabaran duka tersebut dipenuhi dengan komen dari pengguna Facebook yang rata-rata mengucapkan takziah serta mendoakan kesejahteraan Allahyarham. Tidak ketinggalan ada yang turut mengimpikan kematian penuh barakah seperti itu.

Pengakhiran yang sangat cantik! Allahuakbar

Allah muliakan kematian arwah, di waktu dan di tempat yang sangat mulia

Al-Fatihah, kematian yang dicemburui

Dipanggil Allah ketika selesai melaungkan azan di malam penuh barakah

Semoga kita semua juga di akhir hayat seperti beliau

Pemergian terbaik yang diinginkan setiap insan, kebaikan di dunia dan di akhirat

Allahuakbar, mati dalam keadaan sebut nama Allah

Indahnya, mati dia dalam husnul khatimah, hadap Allah selepas melaungkan azan untuk orang solat

Siakap Keli mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham Ahmad Bin Saad ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh dan beriman.

Sumber: Masjid An-Nur Felda Teloi Timur

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)