Siakap Keli

Keadaan Jerebu Di Seluruh Negara Beransur Pulih

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Keadaan jerebu bertambah baik hampir di kesemua kawasan pada tengah malam ini berbanding petang tadi dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus mencatatkan penurunan.

Bagaimanapun, Sri Aman, di Sarawak masih lagi mencatatkan paras bahaya walaupun merekodkan penurunan bacaan IPU daripada 405 pada pukul 7 malam tadi kepada 379, setakat 11 malam ini.

Berdasarkan portal  Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), hanya kawasan Kuching yang masih berada di tahap sangat tidak sihat iaitu 212 pada pukul 11 malam ini berbanding 226 sebelum ini.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa