Siakap Keli
Gambar: Tribunnews.com

(Video) Mengaku Pernah Beri CR7 Burger Masa Susah, Salah Seorang Pekerja McDonald Dicari Ronaldo Munculkan Diri

Seorang wanita yang bernama Paula Leca telah mengaku bahawa beliau adalah salah satu daripada tiga wanita yang sering memberi burger percuma kepada bintang Juventus, Cristiano Ronaldo semasa dia masih lagi hidup susah pada zaman kanak-kanak dahulu.

Pengakuan yang dibuat oleh Paula itu dilakukan setelah menonton satu temu ramah khas yang dilakukan oleh ITV dimana pemain bintang itu mengaku bahawa dia sedang mencari seorang wanita bernama Edna dan dua orang lagi rakannya. Menurutnya, beliau berhutang budi kepada ketiga-tiga wanita tersebut kerana semasa beliau kesempitan hidup dulu, ketiga-tiga wanita tersebut sering memberi bantuan dari segi makanan kepadanya.

“Ketika lewat malam sekitar 10.30 atau 11, kami berasa sedikit lapar. Jadi, kami pergi ke McDonald berdekatan dengan stadium yang kami tinggal itu. Kami sentiasa pergi ke pintu belakang dan mengetuk pintu berserta soalan “Hai, masih ada burger yang tinggal”

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=IuF4GaBB62Q]

Pada ketika itu, Ronaldo baru sahaja memulakan karier bola sepaknya bersama pasukan muda Sporting Lisbon. Dengan berlatar belakangkan keluarga yang miskin, Ronaldo serta keluarganya tidak mampu untuk memenuhi keperluan hidup seperti keluarga lain yang normal ketika itu.

Berikutan dengan itu, Ronaldo berharap agar ketiga-tiga wanita yang baik hati itu dapat ditemui bagi membalas budi baik yang pernah dilakukan mereka padanya ketika dia susah dahulu.

“Saya mahu menjemput mereka ke Turin atau Lisbon untuk makan malam bersama saya kerana saya mahu membalas kembali jasa mereka pada saya”.

Sementara itu, dalam satu temu bual bersama stesen radio Renascenca, Paula menyatakan bahawa dia berbesar hati menerima pelawaan yang dibuat oleh bintang bola sepak dunia itu.

“Mereka (Ronaldo dan rakan-rakannya) akan datang ke restoran kami dan jika ada burger lebih, pengurus kami akan membenarkan kami untuk memberikan burger tersebut kepada mereka,” ujar Paula kepada Mirror.

“Saya masih ingat lagi akan kejadian itu, dan saya akan tertawa setiap kali memori itu terlintas di fikiran saya. Saya pernah menceritakan tentang perkara ini kepada anak saya, namun dia sukar untuk mempercayai bahawa ibunya ini pernah memberi burger percuma kepada salah seorang pemain bola sepak yang terbaik di dunia itu.”

Paula juga turut menyatakan bahawa suaminya, Jose Costa, sudah pun mengetahui tentang cerita ini kerana suaminya itu selalu menjemputnya ketika pulang dari kerja dan selalu juga terserempak dengan Ronaldo ketika itu.

“Jika dia mahu menjemput saya untuk makan malam bersamanya, saya pasti akan menerimanya. Perkara pertama yang saya akan lakukan adalah mengucapkan terima kasih kepadanya. Semasa makan pula, kami akan bercerita mengenai perkara yang terjadi ketika itu,” kata Paula. 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=HvtKsxab0ug]

 

Sumber: CNN 

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.