Siakap Keli
Gambar hiasan

”Buka Pintu Bunyi Sikit Dah Kena Sound”, Apa Yang Suami Perlu Buat Bila Isteri Stress Dengan Anak Kecil

Pelbagai dugaan serta cabaran yang harus dilalui seseorang itu apabila sudah bergelar menjadi ibu bapa. Kita semua pernah berada di zaman kanak-kanak, dan kita semestinya sedar akan kenakalan yang pernah dilakukan. Pelbagai jeritan, teguran serta cubitan pastinya pernah dirasai oleh setiap daripada kita.

Ibu bapa kita pula pastinya tak lekang daripada stress ketika menjaga kita sewaktu kita kecil. Ibu bapa khususnya pada golongan isteri yang selalunya menjadi suri rumah, pastinya akan lebih stress ketika melayan kerenah anak-anak yang masih kecil sendirian di rumah.

Golongan suami pula yang seharian keluar mencari rezeki, apabila tiba di rumah sahaja pastinya mahukan layanan serta belaian daripada si isteri. Namun, kerana si isteri ini berada dalam keadaan stress kerana penat seharian menjaga anak, si isteri ini tidak dapat memberi seperti apa yang si suami ini mahukan.

Pernahkah anda tertanya-tanya tentang mengapakah perkara sebegini berlaku pada anda? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Mohd Fhais ini seperti berikut:

Masa jaga stress, masa tidur pun stress.

Mulanya tak faham tengok isteri stress masa anak dah tidur. Ingatkan bila anak dah tidur dia lega dan happy, rupanya tidak.

Masuk bilik buka pintu biasa la ada bunyi sikit. Tak semena mena kena sound, “buka pintu tu slow sikit nanti anak bangun”.

Masa tengah teman dia lipat baju tiba-tiba dia suruh, “abang pergi tengok anak kejap, macam bunyi suara aisy”. Padahal kita tak dengar pape pun.

Selagi mata tak lelap selagi tu duk stress je mak mak ni ye.

Lama juga saya perhati, sekarang baru faham kenapa boleh jadi stress.

Rupanya isteri saya ni kurang Self Love. Dia tak buat aktiviti yang dia suka, dia kurang masa Me-Time dan kurang buat Self Care. Patut la!

Bila setiap hari dengan rutin yang sama, pergi kerja balik rumah jaga anak tidur, pergi kerja balik rumah jaga anak tidur.

Selama bertahun-tahun buat benda yang sama, sampai satu saat dia lupa terus tentang diri sendiri, yang duk dalam kepala hanya anak kerja, anak kerja.

Setiap hari buat benda yang sama, otak pun boleh jadi sempit tau!

Itu yang sampai boleh terbayang bayang dalam minda anak menangis padahal anak tengah lena di buai mimpi sampai meleleh air liur.

Alhamdulillah, sekarang dah tak stress nampaknya..

Semenjak saya bagi isteri saya ikut Girl Fitness Club, hari demi hari saya nampak perubahan. Semakin hari semakin kurang stress, kalau setakat anak menangis ni dia boleh senyum lagi la.

Sehari sejam, seminggu 1-2 kali. Tak lama pun, dia pergi buat apa yang dia suka, saya buat apa yang dia perlukan. Saya jaga anak kat rumah.

Dah tak ada lagi dia cakap abg jangan bising, abg tengok anak, abg buat itu ini. Sekarang semua dia buat sendiri. Anak terjaga tengah tengah malam pun dia boleh cool lagi. Hebat sungguh Self Love ni ye.

Betullah apa orang kata, “we get what we deserve”

Kita layak di sayangi dan di hargai hanya apabila kita sendiri boleh memberi orang sekeliling rasa di sayangi dan rasa di hargai.

Self Love setiap orang berbeza. Ada yang suka shopping, ada yang suka tengok drama, ada juga yang suka tidur. Bagi peluang kat isteri cari kegembiraan dia, percayalah bila dia dah jumpa kalian akan jadi orang yang paling gembira dan bersyukur.

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais
Isteri happy, anak happy, suami pun turut happy.

Sumber: Mohd Fhais

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.