Siakap Keli
Gambar: jateng.tribunnews.com

(Video) Terselamat Dari Maut Masa Tsunami, Anak Angkat Ronaldo Dari Aceh Kini Bergelar Pemain Bola

Pada tahun 2004 yang lalu, satu tragedi tsunami yang menghantui masyarakat Aceh sehingga ke hari ini telah mengorbankan lebih dari 126 ribu nyawa serta harta benda di kawasan itu.

Tragedi tsunami tersebut adalah merupakan yang paling teruk pernah berlaku di Indonesia.

Liputan media serta bantuan daripada pelbagai dalam dan luar negara tidak henti-henti disalurkan sejurus selepas tragedi itu berlaku.

Ramai selebriti-selebriti dunia turut turun padang dan menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa tsunami kerana bersimpati dengan nasib yang melanda rakyat Aceh ketika itu.

Antara selebriti yang datang serta menghulurkan bantuan kepada masyarakat Aceh ketika itu ialah Jackie Chan, Miss World 2004 Julia Mantilla Garcia, bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan yang paling mencuri tumpuan adalah bintang bola sepak dunia iaitu Cristiano Ronaldo.

Cristiano Ronaldo bukan sahaja menyumbangkan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada masyarakat Aceh, malah dia juga turut mengambil seorang kanak-kanak yang bernama Martunis pada ketika itu untuk dijadikan anak angkatnya.

Ketika orang ramai menjumpai Martunis, dia sedang terapung di laut sambil memakai baju pasukan bola sepak Portugal. Bersimpati dengan nasib yang menimpa kanak-kanak tersebut, Ronaldo membuat keputusan untuk menjadikan Martunis sebagai anak angkatnya.

Martunis yang kini sudah berumur 22 tahun sangat mengidolakan bintang Juventus itu.

Menurut Martunis, dia sudah agak lama tidak berkesempatan berjumpa dengan bapa angkatnya itu sehinggalah baru-baru ini.

“Setelah tiga tahun tidak berjumpa, Alhamdulillah Allah menemukan juga saya dengan salah seorang pemain bintang terbaik dunia yang mempunyai hati yang mulia ini”, tulis Martunis dalam satu perkongsian yang dikongsi menerusi akaun Instagramnnya.

Martunis sangat beruntung kerana dia bukan sahaja menerima pembiayaan pendidikan daripada Ronaldo, dia juga turut dimasukkan ke dalam akademi bola sepak Sporting Lisbon bagi mengejar cita-citanya untuk mengikuti langkah bapa angkatnya itu.

Gambar: Twitter

Dalam satu siaran langsung yang diatur oleh Shopee, Ronaldo yang juga duta kepada Shopee telah dijemput untuk menghadiri rancangan itu. Turut dijemput adalah Martunis. Dia berrbesar hati menerima pelawaan Shopee tersebut kerana sudah lama tidak berjumpa dengan Ronaldo. Ikuti video pertemuannya dengan Ronaldo seperti berikut:

BACA: (Video) Mengaku Pernah Beri CR7 Burger Masa Susah, Salah Seorang Pekerja McDonald Dicari Ronaldo Munculkan Diri

Sumber: Martunis_Ronaldo

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.