Siakap Keli

Dulu Sampai Kena Kerja 2 Shift, Ibu Tunggal Ini Cuba Jual Barang Di Ebay, Dapat ‘Gaji’ Dalam US Dolar

Menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ini kerana dalam sebuah keluarga dialah ibu dan dialah ayah untuk memberikan sepenuh tanggungjawab kepada anak-anak. Namun, dalam keperitan itu ramai wanita telah buktikan bahawa tidak mustahil untuk seorang ibu tunggal menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

Begitulah yang dibuktikan oleh seorang wanita bernama Puan Aliza. Beliau seorang ibu tunggal yang bertanggungjawab membesarkan seorang anak perempuannya. Sebelum ini, beliau terpaksa bekerja dua shift dan disamping itu turut menjalankan kerja-kerja lain yang boleh memberikannya rezeki yang halal untuk anak tunggal perempuannya. Lebih menyedihkan lagi, Puan Aliza terpaksa mencatu makanan bila tiba hujung bulan dan tidak dapat memenuhi kehendak selera anaknya.

Ketika ditemu bual oleh Siakap Keli, kami juga turut bertanyakan kerja sampingan apa yang Puan Aliza lakukan sebeleum ini. Kebanyakkannya, beliau menyertai beberapa syarikat Multi-Level Marketing (MLM). Dia tidak mahu menyebut nama-nama syarikat tersebut tetapi menurut pengalaman beliau, hampir semua syarikat itu hanya menaburkan janji manis dan tinggalkan beliau terkapai-kapai untuk membuat duit.

Sehinggalah beliau terjumpa satu iklan di Facebook mengenai platform e-commerce oleh Axis Network Technology. Axis membuka peluang untuk Puan Aliza menjalankan perniagaan atas talian sehingga ke luar negara. Tanpa kita semua sedar, platform seperti Amazon dan Ebay boleh kita gunakan untuk meraih pendapatan dalam bentuk Dolar Amerika.

Puan Aliza berkongsi pengalaman beliau menyertai Axis. Menurut beliau, Axis bukan sahaja ajar cara buat duit malah Axis turut menyediakan produk untuk Puan Aliza pasarkan ke platform Amazon dan Ebay. Bukan itu sahaja, Axis juga membimbing Puan Aliza dari mula membuka akaun Amzon dan Ebay sehinggalah beliau Berjaya membuat jualan. Pada mulanya, Puan Aliza sedikit ragu-ragu sebab ada ke mat salleh nak beli produk Malaysia tapi selepas berjaya membuat pendapatan kasar lebih USD 10,000 terkejut juga Puan Aliza melihatnya. Tak pernah seumur hidupnya akaun bank beliau memiliki duit sebanyak itu.

Axis Network Technology berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang e-commerce. Ratusan peniaga online sudah berjaya dibawah syarikat mereka. Axis menyediakan 90% proses untuk korang menjadi peniaga online. Bermula dari membuka akaun Amazon dan Ebay, menyediakan produk-produk untuk dijual, templat, banner, copywriting malah selepas korang berjaya menjual produk di luar negara juga Axis akan menguruskan proses penghantaran ke sana.

Korang hanya perlu memuatnaik produk-produk yang mahu dijual dalam Amazon dan Ebay. Yuran seumur hidup yang dikenakan oleh Axis juga paling murah jika dibandingkan dengan syarikat lain yang tidak akan membimbing dan menyediakan produk untuk dijual seperti Axis sediakan untuk korang. Sebelum menamatkan temu bual, Puan Aliza menyatakan sejujurnya Axis adalah platform terbaik untuk korang memulakan perniagaan dan memasuki pasaran luar negara.

Jom ramai-ramai belajar berniaga online dengan Axis bulan Oktober ini. Percuma je, belajar tak perlu bayar lepas belajar dan berminat baru la kena keluarkan modal. Jangan risau, kat AXIS ni modal nak keluar pun takkan merapu. Sangat-sangat berbaloi, bak kata mat salleh “value for money” kompom korang terkejut! Dengan modal serendah yang AXIS tawarkan, korang boleh jana extra income yang mencecah ribu-riban! Kelas akan diadakan pada Tarikh-tarikh berikut 3rd Oktober (Khamis) : 8pm-10pm, 5th Oktober (Sabtu) : 10am-1pm, 9th Oktober (Rabu): 8pm-10pm, 11th Oktober (Jumaat): 3pm-5pm di Pejabat Axis Network Technology di Lot 5-002, Tingkat 5, Endah Parade, Jalan 1/149E, Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur. Dapatkan tiket percuma korang sekarang di Facebook Axis e-Platform.

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)