Sejak turun-temurun, masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan amalan berpantang selepas bersalin. Antaranya adalah berjalan dengan perlahan, tidak boleh banyak bergerak, bertungku, pengambilan makanan yang sesuai sehinggalah bersama suami dalam tempoh 100 hari.
Tempoh lebih kurang tiga bulan ini merupakan waktu untuk si isteri pulih dari segi dalaman dan luaran selepas melahirkan bayi. Ada juga yang menunggu sehingga enam bulan kerana rasa prihatin yang tinggi terhadap isteri. Terpulang kepada tolak ansur antara pasangan masing-masing.
Namun, perkongsian oleh seorang suami di sebuah page popular ini menyebabkan ramai netizen berang. Lelaki tersebut meluahkan rasa sudah ‘tidak tahan’ lagi menunggu tempoh isterinya berpantang selama 44 hari.
Gambar sekadar hiasanPerkongsian yang meraih hampir 3 ribu komen netizen dan hampir 5 ribu tanda suka itu dibanjiri dengan ‘serangan’ balas oleh netizen yang menyifatkan lelaki tersebut tidak memikirkan keadaan pasangannya.
Dalam soal ini pentingnya buat suami untuk memberikan sokongan dan menjaga perasaan isteri bukannya menambahkan lagi tekanannya.
Seeloknya 100 hari untuk isteri sembuh

Kalaulah suami tahu sakitnya bersalin tu

Trauma sakit bersalin belum hilang terutama bahagian bawah yang dijahit

Kau tak pernah rasa kena ‘gunting’ hidup-hidup tu macam mana

Sumber : Kisah Rumah Tangga