Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
kes kematian tahanan
Gambar: Freepik via BERNAMA
Mahkamah Rayuan Putuskan Kerajaan Tidak Bertanggungjawab Dalam Kes Kematian Tahanan

BERNAMA

Mahkamah Rayuan Putuskan Kerajaan Tidak Bertanggungjawab Dalam Kes Kematian Tahanan

PUTRAJAYA, 21 Jan (Bernama) -- Kerajaan hari ini berjaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati ia bertanggungjawab kerana cuai susulan kematian pengawal keselamatan yang menggantung dirinya ketika ditahan di lokap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Klang pada 2019.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan kerajaan itu, yang difailkan bersama-sama Pengarah APPM Selangor dan pegawai penyiasat agensi berkenaan, dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang turut memerintahkan ketiga-tiga defendan membayar ganti rugi RM194,170 kepada keluarga M. Thinagaran.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Mohamed Zaini berkata meskipun perayu mempunyai kewajipan am untuk menjaga mangsa ketika berada dalam tahanan, Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila memutuskan bahwa risiko membunuh diri adalah sesuatu yang munasabah untuk dijangkakan dalam kes tersebut.

“Bukti dalam kes ini menunjukkan bahawa si mati tidak mempamerkan kecenderungan untuk membunuh diri, telah menjalani penilaian perubatan dan kelihatan normal serta stabil semasa pemantauan berkala… justeru, kebolehramalan yang merupakan unsur penting dalam menentukan liabiliti, tidak dapat dibuktikan,” katanya.

Beliau berkata kes Thinagaran adalah serupa dengan keputusan kes Sushila Rani Ramasamy lwn Kerajaan Malaysia & Lain-Lain, yang menyaksikan Mahkamah Rayuan memutuskan risiko bunuh diri mestilah berpunca daripada sejarah lampau si mati bagi membuktikan kewujudan risiko khusus yang boleh diramalkan.

Mohamed Zaini, yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Datuk Nadzarin Wok Nordin, turut menolak rayuan balas keluarga Thinagaran terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutan ganti rugi mereka atas tort salah guna jawatan awam, pelanggaran kewajipan statutori serta ganti rugi teladan.

Mahkamah memerintahkan kos sebanyak RM40,000 dibayar kepada perayu. Balu Thinagaran iaitu R. Tenaswari dan bapanya K Madhavan, yang juga pentadbir bersama harta pusaka si mati, telah menyaman kesemua perayu atas alasan kecuaian, pelanggaran kewajipan statutori dan tort salah guna jawatan awam.

Mahkamah Tinggi hanya membenarkan tuntutan bagi kecuaian selepas mendapati bukti tidak mencukupi bagi menyokong dakwaan lain.

Hakim Mahkamah Tinggi memberikan ganti rugi sebanyak RM172,800 bagi kehilangan pendapatan, RM6,370 sebagai ganti rugi khas, RM5,000 bagi perbelanjaan pengebumian dan RM10,000 bagi perkabungan.

Fakta kes mendedahkan bahawa pada 9 Jan 2019, bertindak atas maklumat, beberapa pegawai APMM telah memintas sebuah kapal yang mencurigakan di perairan Selangor, dan menjumpai Thinagaran serta seorang lagi individu iaitu R. Inthiran di atas kapal itu manakala pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan beberapa bungkusan yang kemudiannya disahkan mengandungi dadah.

Kedua-dua lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan dan ditempatkan di pejabat penguatkuasaan maritim di Klang.

Thinagaran telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Hospital pada hari yang sama untuk mendapatkan rawatan dan dia didiagnosis mengalami sakit kepala berkaitan tekanan serta diberikan ubat.

Dia ditemukan meninggal dunia empat hari kemudian kerana membunuh diri dan bedah siasat mengesahkan bahawa punca kematian adalah akibat gantung diri.

Pada prosiding hari ini, Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin dan Siti Syakimah Ibrahim hadir bagi pihak perayu manakala peguam M. Manoharan serta P.Subramaniam mewakili keluarga si mati.

Sumber:BERNAMA