Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Polis Kesan Tahanan Reman Lari Dari Hospital
Seorang tahanan reman telah melarikan diri dari Hospital Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, pada Jumaat sekitar jam 3.45 petang, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin.
Menurut beliau, laporan berhubung kejadian itu diterima daripada seorang anggota polis yang ditugaskan untuk mengawal suspek semasa menerima rawatan di hospital.
Difahamkan, suspek yang berusia 47 tahun ketika melarikan diri berpakaian hospital berwarna biru dan putih.
Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek ketika ini masih dalam tahanan reman bagi kes di bawah Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan pecah rumah dan mencuri motosikal di kawasan Sungai Bakap.
Suspek dibawa ke hospital pada 22 Januari 2026 bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami sakit sawan.
Susulan kejadian ini, pihak polis telah melancarkan Op Tutup bagi mengesan dan menahan semula suspek.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pejawat awam secara cuai menyebabkan seseorang lari dari pengurungan yang sah di sisi undang-undang dan Seksyen 224 iaitu kesalahan dengan sengaja lari dari tahanan yang sah di sisi undang-undang," kata beliau.
Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Cheok Kian Soon di talian 012-619 3878, atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di talian 04-5858222.
Orang ramai juga boleh hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.