Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Isteri Baru Habis Pantang Dah ‘Meminta’, Lelaki Raih 3 Ribu Kecaman Dicop ‘Tak Bertanggungjawab’

Sejak turun-temurun, masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan amalan berpantang selepas bersalin. Antaranya adalah berjalan dengan perlahan, tidak boleh banyak bergerak, bertungku, pengambilan makanan yang sesuai sehinggalah bersama suami dalam tempoh 100 hari.

Tempoh lebih kurang tiga bulan ini merupakan waktu untuk si isteri pulih dari segi dalaman dan luaran selepas melahirkan bayi. Ada juga yang menunggu sehingga enam bulan kerana rasa prihatin yang tinggi terhadap isteri. Terpulang kepada tolak ansur antara pasangan masing-masing.

Namun, perkongsian oleh seorang suami di sebuah page popular ini menyebabkan ramai netizen berang. Lelaki tersebut meluahkan rasa sudah ‘tidak tahan’ lagi menunggu tempoh isterinya berpantang selama 44 hari.

”ASSALAMMUALAIKUM kepada ahli-ahli syurga semua.

Kalau nak dikira sukatan nya, harini genap 44 hari isteri saya berpantang. Untuk kepastian dan rujukan kepada saya dan kepada para suami yang kurang faham, hari keberapakah sang suami boleh bersama dgn sang isteri?

Jawapan yang relevan dan tepat amat diperlukan kerana kesabaran saya selama 44 hari sudah tidak lagi boleh bertahan.”

Gambar sekadar hiasan

Perkongsian yang meraih hampir 3 ribu komen netizen dan hampir 5 ribu tanda suka itu dibanjiri dengan ‘serangan’ balas oleh netizen yang menyifatkan lelaki tersebut tidak memikirkan keadaan pasangannya.

Dalam soal ini pentingnya buat suami untuk memberikan sokongan dan menjaga perasaan isteri bukannya menambahkan lagi tekanannya.

Seeloknya 100 hari untuk isteri sembuh

Kalaulah suami tahu sakitnya bersalin tu

Trauma sakit bersalin belum hilang terutama bahagian bawah yang dijahit

Kau tak pernah rasa kena ‘gunting’ hidup-hidup tu macam mana

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.