Siakap Keli
FOTO; FACEBOOK

Lelaki Bagi Kredit Pada Fungsi Apple Watch, Selamatkan Nyawanya Yang Pengsan Lepas Jatuh Basikal

Kegunaan yang pelbagai dicipta untuk ‘Apple Watch’ telah menyelamatkan seorang warga emas selepas dikatakan terjatuh basikal semasa mendaki gunung di Riverside State Park.

Menurut anak mangsa, dia mendapat satu pesanan ringkas daripada ‘Apple Watch’ kepunyaan ayahnya yang mengesan kemalangan yang berlaku serta lokasi tempat kejadian.

Apabila mereka bergegas untuk pergi selamatkannya, lelaki ini dakwa mendapat sekali lagi satu update yang mengatakan peta tersebut beralih arah tidak jauh daripada tempat tersebut. Jam tersebut juga telah memaklumkan bahawa mangsa telah menghubungi 911 di tempatnya.

PSA: Last Sunday while trying to meet up with my dad for some mountain biking in Riverside State Park (MTB in RSP), I…

Posted by Gabe Burdett on Friday, 20 September 2019

Setibanya mereka tiba di tempat dimana ayahnya terjatuh, mendapati kepala ayahnya luka kerana terkena hentakan kuat daripada basikalnya sehinggakan ayahnya tidak sedarkan diri.

Walau bagaimanapun, lelaki ini sangat berterima kasih kepada fungsi jam Apple kerana menolong untuk selamatkan nyawa ayah lelaki ini sewaktu jatuh daripada basikal.

 

Sumber: CBSNews , Gabe Burdett

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.