Siakap Keli

“Doa-Doakan,” Aziz M.Osman Beri Bayangan Kumpulan Senario Bakal Buat ‘Come Back’, Ubat Rindu Peminat

Pelawak lagenda, Senario dijangkakan akan membuat ‘comeback’ apabila pengarah terkenal negara, Aziz M. Osman membuat ciapan di laman twitternya berkongsikan gambar tentang ‘langkah pertamanya’ untuk filem terbaru.

Difahamkan bahawa filem ini merupakan kesinambungan daripada Senario Lagi dan Lagi-Lagi Senario yang ditayangkan pada tahun 2000. Perkhabaran  tentunya dapat mengubatkan kerinduan peminat pelawak yang pernah menggegar industri hiburan negara.

Justeru orang ramai memenuhi ruangan komen untuk meluahkan keterujaan dan kegembiraan.

Senario zaman abang arahkan (direct) la paling best sekali

Saya sokong sangat, saya masih simpan vcd original Senario lagi

Semoga box office lagi filem kali ni, Amin

Tak ketingalan ada netizen yang berharap Aziz M. Osman ‘ membawa masuk’ sekali Wahid dan Mazlan sebagai peneyri dalam filem terbabit.

Masukkan Mazlan sekali, jangan lupa abang Wahid

Menggamit memori kanak-kanak

Jangan hampakan saya bang, saya membesar dengan cerita-cerita Senario

Tak kurang juga ada netizen yang meminta untuk menyaksikan kesudahan kisah terdahulu

 

Sumber: Aziz M. Osman & Azfar Aza 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.