Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Malam tadi, laman Youtube digegarkan oleh satu video yang menjadi saksi pengislaman saudara baru iaitu Jay Kim atau nama barunya Daud Kim.
Katanya, nama itu dipilih kerana hampir mirip dengan nama Khatoliknya iaitu David. Mempunyai subscriber lebih dari 500k, Daud merupakan antara Youtuber terkenal korea walaupun sebelum ini pernah mencipta nama sebagai seorang penyanyi dan penulis lagu di bawah syarikat Media Bridge.
Para pengikut dan peminat menzahirkan rasa syukur atas perkhabaran gembira itu, malah orang ramai sememangnya sudah dapat menjangka perkara ini bakal terjadi kerana Daud selalu memuatnaik video ‘pencarianya’ tentang Islam.
Sememangnya benar hidayah itu milik Allah namun sebagai hamba-Nya, kita perlu sentiasa mencarinya dan bukan sekadar menanti.

“Akhirnya saya menjadi seorang Muslim. Bismillah, Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum Sejak saya tertarik dengan Islam, banyak perkara dalam hidup saya telah berubah, Jujur, sebenarnya saya masih belum bersedia, Tetapi saya akan sentiasa cuba menjadi seorang Muslim yang baik, Saya ingin bertaubat kepada dosa-dosa saya dan berserah kepada Allah.
Walaupun saya bukanlah dilahirkan sebagai seorang Muslim, Tapi, saya tahu bahawa Allah sentiasa bersama saya, Terima kasih kepadaNya kerana memberikan saya petunjuk dan bantu saya mengenaliNya Terima kasih kepadaNya kerana menunjukkan jalan yang benar.
Tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah.”
Daud turut memuatnaik videonya melafazkan kalimah syahadah di laman instagram dan Youtube malam tadi. Sekelip mata rungan komen dipenuhi dengan luahan syukur dan kata-kata semangat untuk Daud.





Sumber: Youtube