Siakap Keli

Ibu Fobia Ulat Gonggok ‘Serang’ Anak Sampai Badan Naik Tompok Merah

Gonggok atau ada yang mengenali binatang ini dengan ulat geluntur, sepah bulang atau mentibang memiliki bentuk berbentuk silinder dengan rangka luar (exoskeleton) dan terbahagi kepada antara 20 hingga 100 segmen yang bersambung-sambung.

Sering dilihat di sekitar kita tapi siapa sangka ‘keberadaannya’ boleh mengundang bahaya.

Seorang pengguna Facebook melalui page Info Ibu Hamil berkongsi pengalaman bayinya yang ‘disakiti’ ulat ini sehingga menyebabkan belakang badan anak naik kemerah-merahan.

Salam mommies semua. Posting ini bertujuan utk share pengalaman bila baby sy yg berumur 4 bulan (tak pasti digigit ke ape) dgn ULAT GONGGOK atau keretapi merah. Saya tak pasti kalau ada yg pernah tahu pasal ulat ni. Masa sy pegi klinik bawa baby, nurse & doc sedikit pelik & mcm tak percaya huhuhu mungkin jarang berlaku atau tak pernah berlaku dlm kalangan diorang. Sy ad juga tny kawan atau org terdekat, diorang pon taktahu effect ulat gonggok tu sampai mcm tu sekali. Entah laa.. Tp Alhamdulillah doc kata kecederaan ni just kat luar kulit baby, nothing to worrries & dia bg ubat cream. Dah 2 hari kejadian, sy check takde bengkak atau simptom merebak. Baby pon tak demam..

Sebelum kejadian, sy pon tak penah amek kisah sbb ingat dia jalan bodoh2 je buat hal sendiri.  Saya just sedar bila pagi masa nak mandikan anak. Bila sy angkat dia, depan mata sy ulat tu jatuh, bergulung & dah mati. Sy terus check anak sy. Terkejut bila nampak benda halus2 penuh satu badan dia (myb kaki ulat tu). Terus sy fobia sampai hariniiiii. Malam tu anak sy tido takde masalah. Nangis pon tak. So sy tak sure bila masa dia kena… Allahu, serbasalah sampai harini.

So korang please lahhhh
1. Selalu kebas tempat tido anak
2. Selalu periksa badan anak & sekitar (walaupun tido atas katil, dlm kes ni sy tido dgn baby atas katil)

Btw sy tak berani nak google pasal ulat ni, sy cuba mase hari kena tu tp tak dapat teruskan sebab fobia. Sampai tahap rambut kena badan atau semut panjat kaki pon sy melompat so kalau korang ada info, boleh lah share utk peringatan bersama ye. Maaf posting ni panjang.

#infoibuhamil2019

Sumber: Info Ibu Hamil

Nur Farra