Siakap Keli

“Kami Taknak ‘Hours’ Dimansuhkan, Kami Rela Dimarah Kerana Lambat” – Rider FoodPanda

Siapa tak kenal dengan perkhidmatan penghantaran FoodPanda? Pasti ramai diantara kita yang sering menggunakan perkhidmatan ini kerana terbukti memudahkan urusan pembelian makanan tanpa perlu keluar.

Namun hakikat pada perspektif rider perkhidmatan ini adalah disebaliknya. Sekumpulan rider FoodPanda johor berkumpul malam tadi dipercayai gara-gara mogok dengan sistem pembayaran gaji rider yang diubah kepada lebih kecil.

Kejadian ini dikongsi melalui Facebook rasmi Info Roadblock JPJ/Polis.

Seorang pengguna Twitter turut berkongsi skema pembayaran gaji terbaru yang dipercayai akan mula dikuatkuasa pada 30 September ini.

Rata-rata pengguna turut bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka dan tidak terlepas memuji rider FoodPanda yang sebenarnya banyak membantu dan memudahkan kehidupan seharian.

Kredit: Twitter, Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS

Nur Farra