Pihak Rapid KL telah mengumumkan satu operasi baharu di mana untuk laluan Kelana Jaya akan menggunakan sistem automatik sepenuhnya tanpa pemandu hari ini. Namun begitu, pergerakan tran tetap dipantau rapi di Pusat Kawalan Operasi Kelana Jaya.
‘Controller’ yang bertugas di Pusat Kawalan Operasi bukan sahaja bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran servis tren, malah turut memantau pergerakan penumpang di setiap platform melalui Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dipaparkan pada skrin besar Pusat Operasi Kawalan Kelana Jaya.
Sekiranya berlaku sebarang isu pada sistem penggera yang dicetuskan oleh sensor tren, merekalah orang pertama yang menerima isyarat dan akan mengambil langkah seterusnya bagi penyelesaian isu secara tepat, pantas dan selamat.
Selain itu, mereka juga akan membuat pengumuman situasi terkini sekiranya berlaku sebarang kelewatan atau kerosakan pada sistem atau kondisi tren. Ini untuk memastikan penumpang yang berada di dalam tren atau di stesen berada dalam keadaan tenang serta terkawal.
Tamat waktu operasi tren, mereka terus bertugas untuk memantau koordinasi kerja baik pulih tren & juga trek. Tidak salah jika kami katakan, hanya individu yang benar-benar cekal mental & fizikal sahaja mampu untuk menggalas tanggungjawab yang begitu besar ini.
Ketua Pusat Kawalan Operasi Kelana Jaya, Encik Kwa Teong Sia berkata, kami memikul kepercayaan penumpang yang sentiasa mengharapkan yang terbaik bagi kelancaran servis tren. Kami akan berusaha & memberikan seluruh tenaga demi tanggungjawab yang diamanahkan ini, sehabis baik.
Sumber: RapidKL