Siakap Keli

Selepas ‘Bercerai’ Seketika, Sony & Marvel Akhirnya Capai Kata Sepakat, Akan Ada Filem Spiderman Seterusnya

27 September – Selepas bercerai seketika, Sony Pictures dan Marvel akhirnya menemui satu jalan supaya kedua-dua pihak itu boleh bersama-sama dalam perniagaan ‘Spider-Man’.

Kedua-dua syarikat itu pada Jumaat bersama-sama mengumumkan bahawa Marvel Studios akan menerbitkan filem ketiga dalam siri ‘Spider-Man: Homecoming’ dan Tom Holland akan sekali lagi beraksi sebagai hero di dalam filem terbabit.

Perjanjian itu ditandatangani pada Khamis malam. Perbincangan tersebut, lapor Variety, melibatkan beberapa orang penting dari kedua belah pihak termasuk Tom Rothman, Feige dan Alan Horn. Difahamkan, Marvel dan Disney akan menerima 25% dari keuntungan, lapor sumber dalam menurut variety.

Menurut laporan itu juga, Disney akan mengekalkan haknya untuk penjualan produk (‘merchandising‘). Sebahagian dari laporan itu juga berkata Spider-Man akan turut muncul dalam satu filem Marvel Studios pada masa akan datang.

Sumber: Variety

Roti Tisu

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....