Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Biji Gandum Berusia 3,000 Tahun Ditemui Di Timur Turki

Bingol : Biji gandum berusia sekurang-kurangnya 3,000 tahun telah ditemui di timur Turki, yang membuktikan terdapat aktiviti pertanian di wilayah itu pada zaman purba, lapor agensi berita Anadolu.

Satu pasukan dianggotai 158 orang kini melakukan penggalian di Solhan, daerah dalam wilayah Bingol.

Ziya Kilinc, ketua pasukan penggalian itu, berkata biji gandum tersebut dan beberapa lagi artifak bersejarah dipercayai berasal dari zaman Urartu dan Empayar Bizantium.

Abdulkadir Ozdemir, seorang pakar arkeologi di Universiti Firat, berkata penggalian itu akan mendedahkan cara hidup penduduk tempatan, jenis haiwan yang mereka makan dan produk pertanian yang mereka gunakan.

Ozdemir berkata analisis makmal akan mendedahkan sama ada biji benih itu adalah tumbuhan liar ataupun ditanam.

Penggalian dua tahun itu telah menemui banyak artifak yang berasal dari zaman Urartu dan Bizantium dalam petempatan berusia 3,600 tahun.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.