Kerajaan Arab Saudi berduka apabila salah seorang pengawal peribadi Raja Salman iaitu Jeneral Abdelaziz al-Fagham meninggal dunia akibat ditembak oleh rakan sendiri di sebuah kediaman milik kenalannya di Jeddah.
Penduduk Arab Saudi bersedih dan berduka atas kehilangan yang digelar ‘malaikat pelindung’ yang selama 15 tahun ini menjadi penjaga raja dan kerajaan Saudi daripada ancaman bahaya.
Pengawal Peribadi Raja Salman Meninggal Dipercayai Ditembak Rakan Sendiri
Memiliki tubuh badan yang tinggi dan sasa serta wajah yang tenang, Fagham sentiasa dilihat berdampingan bersama Raja Salman selama 15 tahun. Fagham juga pernah berhidmat untuk Allahyarham Raja Abdullah yang memerintah Arab Saudi sebelum ini selama 10 tahun.
Allahyarham sanggup menunduk ketika mengikat tali kasut Raja Arab Saudi ketika sidang kemuncak sedang berlangsung.
Allahyarham Fagham merupakan orang yang paling terkenal dari seluruh pengawal kerajaan kerana sifatnya yang murni dan kebijaksanaannya. Beliau juga menghabiskan sisa hidupnya dengan kejujuran, dedikasi dan rasa hormat yang tinggi, petik daripada Arab News.
Ahli Majlis Shoura Saudi, Dr Mishaal Mamdouh yang dipercayai bapa kepada pembunuh juga menzahirkan salam takziah dan menyifatkan ini sebagai pembunuhan khianat.

Kematiannya sangat dirasai oleh seluruh warga Arab Saudi kerana sifatnya seperti ‘darah pelindung’ kerajaan.
Sumber: Arab News