Seorang lelaki dipercayai telah tergamak merogol anak perempuannya sendiri. Namun yang lebih menyayat hati adalah apabila si gadis melahirkan enam orang anak hasil dari perbuatan itu sekaligus menjadikan lelaki terbabit sebagai ‘bapa kandung’ anak-anaknya dan 6 orang anak tersebut mungkin juga boleh disebut sebagai cucu suspek.
Lelaki tersebut menafikan 36 pertuduhan rogol yang dipercayai berlaku di Wales, United Kingdom itu. Dia didakwa telah berulang kali merogol anak perempuannya sehingga hamil dan melahirkan enam orang anak.
Pendakwa Raya John Hipkin memberitahu Mahkamah Swansea, bahawa lelaki itu menjalankan ‘agenda’ tersebut dengan begitu sistematik di mana mangsa telah di brain wash sehingga mangsa sanggup memenuhi segala kehendaknya.
Beliau berkata defendan menggunakan ‘kawalannya’ terhadap anak perempuannya untuk kepuasan seksualnya sendiri dan “melakukan apa yang dia inginkan kepada mereka”.
Hipkin berkata terdapat juga unsur-unsur ilmu sihir dan mistik untuk mengawal mangsa serta mencipta ‘mistik palsu’ untuk ‘memaksanya tidur’ dengan defendan.
Pendakwa Raya memberitahu ahli juri bahawa mereka akan mendengar butiran keterangan tentang DNA yang membuktikan lelaki itu telah memiliki sekurang-kurangnya enam orang anak dengan salah seorang anak perempuannya dan gadis itu berusia bawah 16 tahun ketika dia pertama kali hamil.
Sumber: DailyStar.co.uk