Siakap Keli

Bapa Tiri Dakwa Tak Sengaja Lambung Anak, Bayi Maut Kepala Terkena Kipas Siling

Seorang bayi berusia enam bulan meninggal dunia akibat kepalanya terkena kipas siling dipercayai semasa ayah tirinya melambung-lambung ketika bermain dengan mangsa di sebuah kediaman di bandar Caucete, San Juan, Argentina.

Petik daripada laporan tempatan, ayah tiri mangsa tidak menyedari kipas siling terpasang dan melambungnya ke udara. Dan kemudiannya, kepala mangsa terkena pada kipas tersebut dan mengalami pendarahan dan luka yang teruk.

Menurut ibu saudara mangsa, ketika kejadian ibu mangsa dikatakan sedang memask di dapur dan secara tiba-tiba ibunya terdengar satu bunyi yang kuat dan pergi melihat apa yang berlaku, sebak hati ibu apabila melihat suaminya memegang mangsa dengan kesan darah yang berlumuran.

Kemudiannya wanita tersebut meminta pertolongan jiran dan membawa anaknya ke hospital. Dalam perjalanan ke hospital dikatakan suaminya mengaku tidak melakukan apa-apa terhadap anak mangsa.

“Saya tidak melakukan apa-apa, saya tidak melakukannya”

Bagaimanapun, bapa tiri mangsa ditahan polis kerana kecuaian tetapi Hakim Matias Parron yang bertanggungjawab terhadap kes ini telah mengubahnya menjadi kes pembunuhan.

 

Sumber: Dailymail.co.uk

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)