Siakap Keli

Gagal Peroleh Ijazah, Pelajar ‘Popular’ Alami Depresi Maut Di Hari Graduasi

Seorang pelajar universiti mengambil keputusan menamatkan hayatnya dengan membunuh diri pada hari graduasi kerana dipercayai gagal memperoleh ijazah.

Mangsa,  memberitahu keluarganya dia memperoleh 2:1 dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Southampton Universiti sedangkan dia sebenarnya tidak lulus pengajian tahun akhir.

Pelajar yang berusia 23 tahun itu dikatakan sempat memasak hidangan terakhir buat ibu bapa dan adiknya pada malam sebelum hari graduasi pada bulan Julai, mengikut pendengaran mahkamah.

Gambar : Mirror

Bapa mangsa, Geoffrey Turner berkata, anaknya mengalami tekanan sewaktu mengambil peperiksaan pada tahun lepas. Keluarganya menyangka tekanan tersebut berjaya dirawat kerana Nicholas menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai tanda-tanda mengalami tekanan perasaan selepas itu.

”Dalam pelajarannya, dia mengambil jurusan yang agak mencabar tetapi sentiasa menunjukkan usaha yang terbaik,’‘ kata bapa mangsa.

Geoffrey menjelaskan bahawa walaupun Nicholas dikenali sebagai seorang yang ‘popular’, disukai ramai dan berdikari dalam hidup, sebagai bapa dia tidak pernah memberi tekanan untuk kejayaan anaknya dalam pelajaran.

Menurut pihak berkuasa, mayat mangsa ditemui di dalam bilik air tingkat atas rumah oleh seorang jiran pada 23 Julai lalu, hari di mana sepatutnya dia dijadualkan menghadiri graduasi bersama ibu bapanya.

Walaupun usaha telah dilakukan oleh paramedik, mangsa gagal untuk diselamatkan.

Hasil bedah siasat turut mendapati tiada bukti dadah atau alkohol yang terlibat dalam kematian tragis pemuda berkenaan.

Sumber : Mirror

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.