Siakap Keli
Gambar hiasan

Jana Pendapatan Penduduk Kampung, Cicak Diburu Dakwa Mungkin Digunakan Dalam Produk Kosmetik

Cicak adalah haiwan perosak yang lazimnya dapat dilihat di dinding-dinding rumah kita. Walhal, dalam Islam juga membunuh cicak merupakan satu perkara yang disunatkan.

Akibat daripada persaingan produk kosmetik yang semakin hangat di pasaran pada masa kini, ada beberapa jenama produk kosmetik yang terkenal telah menggunakan haiwan perosak ini sebagai salah satu daripada bahan di dalam produk mereka.

Hello Doktor ada berkongsikan tentang kesahihan berkenaan dengan produk yang menggunakan cicak dalam bahan produk kosmetik yang terkenal ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penulisan Hello Doktor berkenaan dengan hal itu seperti berikut:

Setiap kali terlihat cicak melekat di dinding, sudah pasti tangan kita menjadi gatal untuk menjentik ia jatuh ke bawah dengan gelang getah, bukan? Ini kerana reptilia berdarah sejuk ini adalah salah satu daripada haiwan perosak. Pun begitu, ada pula yang menggunakannya dalam produk kosmetik! Nak tahu lebih lanjut? Jom sama-sama ikuti artikel ini.

Cicak sebagai punca pendapatan

Di benua Asia, cicak memang mudah dijumpai di dinding rumah atau di mana-mana sahaja tempat yang boleh ia melekat. Kebanyakkannya hanya akan dihapuskan untuk mengurangkan jumlah haiwan perosak, sama seperti tikus dan lipas.

Namun, ada individu yang mengambil peluang ini untuk menjana pendapatan. Sudah lebih berdekad lamanya, sebuah kampung di Indonesia menjadikan aktiviti memburu dan membekalkan cicak untuk dijadikan bahan dalam alat solekan wanita.

Lawatan ke kampung tersebut

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, kumpulan media, Vice Indonesia telah mengunjungi kampung tersebut yang terletak di Kapetakan, Jawa Barat, Indonesia. Dalam Lawatan mereka, didapati ribuan timbunan cicak yang telah mati dikumpulkan di satu tempat.

Menurut penduduk kampung, mereka akan memburu reptilia ini dengan hanya menggunakan lampu suluh dan kayu yang ditampal dengan gam. Mereka akan mengelilingi kawasan sekitar kampung untuk mencari cicak, dan kemudian mengumpulnya untuk dibawa ke pangkalan.

Menurut ketua operasi, Sugandhi, dia akan membayar pemburu lebih kurang IDR40,000 bersamaa RM11.82 untuk sekilogram cicak. Dia yang mengawal pemburu sekitar 6 kawasan kampung turut menyatakan bahawa pembeli terbesar adalah daripada China dan US!

Apa yang dikhuatiri adalah haiwan perosak ini berkemungkinan besar digunakan dalam jenama terkenal produk kosmetik sama ada dalam negara atau luar negara. Jadi, sila hati-hati, ya?

Cicak dalam bahan kosmetik

Ramai orang berpendapat bahawa cicak mempunyai pelbagai kebaikan terhadap kesihatan dan kecantikan kulit. Sebagai contoh, ada kepercayaan yang mengatakan ia mampu membantu merawat alahan kulit dan kegatalan. Dalam pada itu, ia juga ada digunakan dalam beberapa produk kosmetik kerana dipercayai bermanfaat untuk kulit.

Kenyataannya masih kabur. Ini kerana masih belum terdapat bukti saintifik yang mengatakan penggunaan haiwan ini adalah berkesan. Jadi, untuk apa anda ambil risiko, bukan? Sebaiknya, gunakan sahaja produk kosmetik yang anda tahu asal usul dan kandungan di dalamnya.

Konklusinya, terdapat kemungkinan besar jenama terkenal produk kosmetik menggunakan haiwan perosak ini. Oleh itu, sila hati-hati! Paling penting, jika anda nampak cicak melekat di dinding anda, jangan pula anda buru dan jual kepada pembuat produk kosmetik ini pula, ya?

Sumber: Hello Doktor

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.