Siakap Keli

“Saya Tak Sependapat Dengan Tuan”, Jawapan ‘Win’ Mufti Buat Netizen Terhibur

Media sosial terutamanya laman Twitter sering dihiasi dengan hiburan dan lawak jenaka yang membuatkan pengguna media sosial sering terhibur. Bukan sahaja digunakan oleh masyarakat biasa, malah turut digunakan oleh golongan professional termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Baru-baru ini, Dr. Zulkifli telah berkongsikan coretannya mengenai semangat kebangkitan yang dipamerkan oleh Juara Liga Juara-Juara Eropah Musim lalu, Liverpool pada perlawanan menentang Red Bull Salzburg.

Menerusi coretan itu, Dr. Zulkifli turut menyelitkan pengajaran yang boleh diambil oleh semua masyarakat dunia terutamanya masyarakat Islam.

Namun, apa yang menariknya mengenai perkongsian itu adalah soalan yang diajukan oleh seorang pengguna Twitter terhadap akaun milik Mufti Wilayah Persekutuan itu.

Soalan yang dianggap berseloroh mendapat jawapan ‘win’ daripada beliau dan rata-rata netizen terhibur dengan jawapan tersebut.

“Mainlah seperti Liverpool”

Malah, ada juga pengguna Twitter yang bukan beragama Islam turut tertarik dengan respon balas tersebut dan berpendapat bahawa agama Islam akan menjadi agama yang harmoni sekiranya semua Mufti seperti Dr. Zulkifli.

Rata-rata pengguna Twitter yang terhibur denganĀ  respon balas Dr. Zulkifli juga turut menurunkan komen malah ada yang tidak bersetuju dengan pendapatnya.

“Buat isu ni saya tak sependapat dengan tuan Mufti”

“Menceriakan pagi saya soal jawab nih”

“Pagi Jumaat dah lawak”

“Ya Allah ustaz kuu”

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra