Siakap Keli
FOTO: QIQI

“Baik-Baik Bawak Jenazah Anak Saya,” Lelaki Dakwa Terkejut ‘Ditegur’ Ibu Arwah yang Dah 2 Tahun Meninggal Dunia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap manusia di muka bumi ini pasti merasai mati dan pemergian orang yang kita sayang sudah tentu memberi kesan terhadap hidup kita. Seorang lelaki berkongsi kisah yang diceritakan oleh rakan beliau ketika menguruskan jenazah seorang wanita. Kisah yang boleh memberi pengajaran untuk kita semua. Ikuti perkongsian pemuda ini dan semoga bermanfaat.

Satu hari dapat panggilan untuk membawa jenazah wanita, masih muda, meninggal tiba-tiba, bila sampainya di rumah, waktu itu jam 7.45 malam, ketika jenazah mahu dinaikkan. Seorang warga emas memakai baju kurung coklat tua dan memakai kain batik lusuh, datang dan memberi tahu sesuatu pada pemandu.

“Baik-baik bawak anak saya ni tuan, penuh kelembutan suaranya. Saya jaga dengan penuh kasih sayang, dari kecil sehinggalah dia dah berkahwin.”

Lepas pada wanita tua itu berlalu pergi, maka pintu van jenazah mahu ditutup, datang abang arwah, memberitahu kami,  jenazah akan dikebumikan di sebelah makam ibunya, pemandu van terkejut.

Lalu dia brtnya, jenazah ini siapa? Katanya adik perempuan saya, mak tuan mana? Katanya dah lama meninggal 2 tahun lepas, subhanallah. Jadi siapa ye yang pesan pada saya tadi? Orang tua memakai baju kurung coklat dan kain batik lusuh?

Abang arwah terkejut dan istifar. Itu ibu saya, air mata mengalir. Ceritanya dulu arwah ini anak yang manja dengan ibunya. Di jaga penuh dengan kasih sayang, apa saja permintaan ditunaikan sampai suatu ketika arwah nak berkahwin. Habis digadainya tanah rumah sebab arwah nak kahwin besar-besaran sebab suami arwah anak orang berada. 

Sehinggakan bermulalah detik sedih di mana selepas berkahwin adik saya mulai sombong serta angkuh dengan maknya. Setiap hari mak menangis rindukan dia. Dan hampir setiap hari mak pakai baju yang arwah belikan untuknya untuk melepas rindu. Baju kurung coklat. 

Menurut abang arwah, malam sebelum maknya meninggal, mak sempat berkata kalaulah baju kurung coklat ini boleh masukkan dalam kubur, pasti mak akan bawanya bersama.

Menitis air mata driver van jenazah, mak tuan meninggal sebab apa? Sebab murung kerana terlalu rindukan adik saya.

Betulah kata pepatah, kasih ayah sepanjang masa, kasih ibu membwa ke mati. Walaupun arwah dah lama meninggal dunia, dia tetap datang demi kasih dan sayangnya pada arwah anaknya. Siap pesan pada pemandu van jenazah, bawak anak saya ni baik-baik ye tuan, sya jaga dia dengan penuh kasih sayang.

Pada yang masih mempunyai ibu dan ayahm hargailah mereka. Kasih mereka pada kita membawa hingga ke akhir hayat. 

Sumber: Qiqi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)