Siakap Keli

Mitos Jenis Makanan Tentukan Jantina Anak, Doktor Sangkal Kepercayaan Tak Berasas

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi pasangan yang telah berkahwin, mempunyai cahaya mata merupakan satu anugerah yang sangat dinanti-nantikan. Apa tidaknya, pasangan tersebut akan berubah status kepada ibu dan bapa dan cahaya mata yang disambut pastinya akan membuka lebih banyak pintu rezeki kepada keluarga itu. Namun begitu, terdapat kepercayaan terhadap amalan yang boleh dilakukan untuk menentukan jantina anak yang akan dilahirkan.

Walau bagaimanapun, kepercayaan tersebut telah disangkal oleh seorang doktor menerusi perkongsiannya di halaman Facebook. Ikuti perkongsian Doktor Izzat mengenai kepercayaan masyarakat terhadap amalan yang boleh menentukan jantina cahaya mata.

“Kalau nak baby boy, ha suruh suami makan banyakk seafood”

“Kalau nak baby girl, suruh suami tu makan daging banyak”

Kompem jadi !

Kompem jadi apanya sis oi? Takda kajian saintifik pun yg cakap makan tu dapat anak laki makan ni dapat anak pompuan. Jangan mengarut. Kalau betul pun hanya kebetulan dan bukan terbukti 100%. Bila tak dapat dibuktikan melalui kajian atau research, doktor takboleh bagi cadangan sebegini kat pesakit. Seolah-olah bagi harapan palsu. Ha gitulah

Si suami adalah org yg ‘bertanggungjawab’ bukan sahaja menyebabkan seseorang tu mengandung bahkan dia juga lah yg menentukan jantina bayi. Yang korang salahkan si isteri sebab dapat anak pompuan/laki berderet dah kenapa?

Kedua-dua testis menghasilkan sperma yg mengandungi kromosom X dan Y. Dia hasilkan sekali, takde asing-asing boleh pilih kromosom X atau Y. Bukan mcm pilih ikan kat pasar, boleh main tunjuk je ikan mana nak. Kromosom dihasilkan sekali. Begitu juga dengan telur wanita, pemilihan telur adalah secara rawak.

Jantina bayi juga takboleh ditentukan oleh produk atau herba atau suplemen yg katanya gerenti-gerenti boleh dapat baby boy atau girl. Jangan jadi tipah tertipu dgn dakwaan palsu tanpa kajian saintifik ini.

Takda satu cara pun, yg boleh doktor nasihatkan pada pesakit untuk mendapat jantina yg dikehendaki. Ada lah beberapa tips, contohnya melakukan hubungan intim pada masa ovulasi berpotensi besar dapat baby boy, sekali lagi tiada bukti kukuh untuk menyarankan cara ini kepada pasangan yg menunggu cahaya mata. Tkde guarantee pun.

Alaahh… laki ke pompuan ke sama je.

Asalkan baby tu sihat dah lah kan?

لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ الذُّكُورَ

“Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.”

Sumber: Muhammad Izzat

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra