Siakap Keli

”Pukul 7 Pagi Tinggal Anak Depan Rumah Pecut Kereta Lari,” Pengasuh Luah Terkilan Sikap Ibu Bapa

Tidak dapat dinafikan dalam dunia yang semakin mencabar, setiap pasangan perlu bekerja untuk menampung ekonomi terutamanya bagi mereka yang sudah mempunyai anak-anak.

Tugas menjaga anak-anak pula selalunya akan diserahkan kepada pengasuh atau taska. Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila adanya ibu bapa yang mula besar kepala dengan menjadikan pengasuh seperti hamba abdi dalam menjaga anak-anak mereka.

Perkongsian oleh seorang pengasuh mengenai pengalamannya dalam menjaga anak-anak asuhan mungkin boleh dijadikan peringatan untuk ibu bapa lain.

Mengasuh dari 4 pagi hingga 9 malam

Saya seorang pengasuh. Saya jaga anak-anak kecik di rumah dan bekerja hampir dari pukul 4 pagi hingga 9malam.

Jadi sekiranya yg kerja di luar sana yang kata kerja waktu pejabat itu memenatkan, bayangkan kerja saya dengan menguruskan anak-anak sendiri dan anak-anak orang ini macam mana penatnya.

Saya sudah pun berkahwin dan anak tiga orang anak lelaki yang semuanya sekolah. Cuma nak keluh sebab penat layan kerenah mak bapa yang hantar anak mereka ni.

Bayar dua bulan sekali, OT tak bagi

Saya tak kisah sekiranya bayaran dibayar pada masa sebab tujuan saya bekerja pun memang perlu duit, tapi kebanyakan mereka ini, dah la bayar dua bulan sekali, tu pun buat-buat lupa yang bulan lepas tak bayar. Memekik macam saya berkira duit.

Tapi pukul 4 pagi dah ketuk pagar rumah macam nak bagi runtuh alasan kena masuk ofis awal dan takut tersangkut jem. Tapi ambil anak boleh terlupa sampai pukul 9 malam baru nak amik. Setiap hari pula tu. Ingat saya tak ada suami ke? Tak ada anak ke?

Pastu buat-buat muka bodoh bila minta duit OT. Bila tegur, kata tunggu akhir bulan. Tapi bila minta pun tak nak bayar juga. Bila kata saya dah tak nak jaga anak dia, boleh pulak pukul 7 pagi tinggal je anak dia di masa saya tengah sibuk layan budak-budak makan pagi, di depan pagar rumah saya dan memecut kereta lari. Saya pun bukan zalim nak suruh budak tu duk luar.

Tak bekal susu dan pampers

Tu belum lagi yang langsung takda bekal susu dan pampers anak. Dalam beg anak ada baju salinan je. Bila call, selamba je suruh saya ambil susu anak orang dan pampers anak orang. Saya sampai pakai pampers anak dan susu anak saya kot. Tak kan saya nak amik hak org lain.

Bukan sekali dua buat, kadang-kadang sampai tiap-tiap hari lupa nk bekal susu dan pampers anak. Ni apa nama mak bapak macam ni? Ni da nama bukan terlupa. Ni da nama ambik kesempatan macam rumah saya rumah kebajikan.

Belum lagi kes yang ambil anak pukul 9-10 malam. Saya siap suap makan malam kami anak beranak kat anak dia sebab mak bapak dia selamba dating makan malam berdua lepas balik kerja siap-siap, baru datang buat muka bodoh ambil anak yang menunggu berjam-jam yang dah tidur. Pastu hantar anak pagi buta pukul 4 pagi dengan baju yang sama saya pakaikan malam semalam dgn pampers bocor.

Meleleh air mata minta duit macam pengemis

Tahu tak tekanan para pengasuh ni macam mana? Ni baru kt rumah sendiri. Kalau di taska, lebih teruk rasanya. Saya nak kena jaga 11 budak yang perangai macam-macam dengan perangai mak bapak macam ni.

Dengan anak-anak saya pun da jadi macam pengasuh dah sebab ada juga mak bapak drop anak pagi buta hari sabtu ahad sedangkan saya dah bagitau awal-awal saya cuti sabtu ahad minggu ke dua dan ke empat. Saya tak kisah jika berbayar, tapi meleleh airmata bila nak minta duit pun dah rasa diri macam pengemis.

Jangan kata awak yang keja ofis penat jaga anak yang 2-3 orang, sedangkan awak keja office kot. Sempat ada masa nak bersendiri. Dalam kereta. Dalam pejabat. Waktu lunch dengan kawan office. Saya yang setiap saat setiap minit dengan budak sampai nak masuk bilik air, berak tak habis sebab takut ada budak cedera kat luar tu macamana rasanya?

Hanya minta dilayan seperti manusia

Kalau awak boleh kemurungan, jangan kata para pengasuh tak boleh murung. Kami manusia kot. Ada masa kami terpaksa naik suara juga. Berpada la. Fikir penat sendiri je tapi buat kami macam robot yg nak anak awak sentiasa dibuai dan dibelai. Anak saya pun saya tak sempat nak belai. 

Saya bukan minta banyak. Saya minta di layan seperti manusia. Bukan sebab saya tak ada pilihan sampai jadi pengasuh. Semuanya bermula sebab nk bantu rakan. Tapi pengasuh ni manusia. Nak ada kehidupan sendiri. Jika awak yang hanya ada 48 jam bersama dengan anak awak pun awak boleh jadi singa, apatah lagi kami. Cuma tak pernah nak naik tangan sebab anak sendiri pun kami tak pukul. Dan tahu rasanya jika orang pukul anak kita tanpa sebab.

Jangan kata ”siapa suruh jadi pengasuh hanya kerana saya kata saya penat”. Apa pula perasaan jika orang kata kat awak ”lenkali berhenti jadi mak budak” hanya kerana awak mengadu kata penat jaga anak? Sama je kan?

Saya cuma minta difahami yang saya nak sedikit ruang untuk suami dan anak sendiri. Sebab saya tak boleh suka-suka nak minta MC atau buat-buat sakit atau apply emergency leave macam ibu kerjaya boleh buat diluar sana hanya nak waktu rehat. Kalau cuti rehat bekerja pun memang tak dapat, apatah lagi kata nak berhenti. Memang jauh panggang dari api la.

Jadi, tolong la. TOLONG. Masalah rumahtangga saya adalah saya tiada waktu dah untuk diri sendiri, layan suami dan layan anak kerana mak bapak budak kat luar sana tak reti nak faham yang pengasuh yang bekerja 18 jam sehari ni pun manusia.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra