Siakap Keli
Gambar: Facebook

Menjijikkan, Video Dipercayai Udang Kering Tengah Jemur Dipijak, Dijilat Anjing Tular Di Media Sosial

Satu rakaman video yang memaparkan berkenaan dengan seekor anjing memijak dipercayai udang kering yang dijemur telah tular di media sosial.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Sabak Bernam itu menjadi perbualan ramai selepas seekor anjing dikatakan memijak, menjilat dan makan udang kering yang sedang dijemur.

Video yang berdurasi selama 20 saat itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook menggunakan nama Labib Abd Jalil.

Dalam video tersebut, seorang pemandu kereta yang dipercayai dalam perjalanan menuju ke pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO) telah merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbitnya.

Video yang dimuat naik oleh Labib itu turut diselitkan sekali dengan peringatan supaya umat Islam lebih berwaspada dalam membeli udang serta ikan kering yang dijemur.

Hasil daripada perkongsian yang dikongsinya itu, pelbagai komen serta pandangan negatif daripada netizen berkenaan dengan insiden itu dapat dilihat.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada udang berkenaan untuk dijual ataupun kegunaan peribadi.

Sumber: Labib Abd Jalil

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.