Siakap Keli

“Kalau Pergi Watson, Tolong Jangan Reject Kalau Staff Bagi Bakul,” Ini Sebab Yang Ramai Tak Tahu

Tidak dinafikan kini drugstore menjadi kedai pilihan ramai terutamanya untuk membeli produk kesihatan dan kecantikan. Perkara ini didorong oleh beberapa faktor antaranya adalah berkaitan dengan jaminan keselamatan kualiti dan harga produk tersebut.

Mungkin ada yang perasan ketika anda berkunjung masuk ke kedai-kedai sedemikian, para pekerja akan menyambut anda dengan senyuman dan bakul di tangan mereka untuk diberikan kepada anda.

Adakalanya, anda akan menolak huluran bakul yang diberikan. Namun sebenarnya, ramai yang tak tahu bahawa pekerja-pekerja tersebut bukannya ‘busy body’ sengaja mengekori anda atau mahu ‘menyusahkan’ anda dengan memberikan bakul untuk dibawa.

Sebaliknya, menurut individu yang dipercayai merupakan pekerja drugstore mendakwa bahawa pemberian bakul itu merupakan salah satu tugas yang perlu dilaksanakan untuk mencapai KPI mereka.

“Jika korang pergi ke Watson, tolong jangan tolak memberian bakul yang kami berikan kerana ia berkaitan dengan KPI kami, walaupun korang hanya beli satu barang. Kami sangat gembira bila korang ambil bakul daripada kami.”

Dalam ciapan tersebut, Daus turut berseloroh dengan meminta orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang pelik-pelik.

Tambahnya lagi, bakul itu digunakan untuk mengesan berapa banyak peratusan pelanggan yang menggunakan bakul dalam sehari.

Daus turut menyatakan bahawa pekerja yang bagus harus mencapai KPI yang telah ditetapkan kepada para pekerja.

Pelawaan memberi bakul kepada pelanggan ini dibuat dengan cara yang bukan paksaan.

Tak sangka, ciapan simple tersebut tular dan mendapat lebih daripada 14k ulang kicau dan 10k tanda suka. Malah ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari warga net yang rata-rata tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

Baru tahu, Ya Allah maafkan aku semua pekerja Watson

Baru tahu, lepas ni saya pasti akan masuk dan minta bakul dari staff  Watson walaupun saya nak beli satu barang je

Aku selalu reject sebab nak beli satu barang je pastu leceh nak bawak basket yang sebesar alam tu

Yelaaa, faham-faham lepas ni aku terima je..

Patutlah haritu ada staff yang keep offering me basket dan harap sangat suruh ambik, I pun ambik jelah sebab kesian

Di samping itu, ada juga individu yang menjelaskan bagaimana pencapaian KPI pekerja itu dinilai berdasarkan pemberian bakul tersebut

Sumber: Daus 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)