Siakap Keli

“Siapa Kata Orang Melayu Tak Pandai Berbahasa Inggeris?” – Raja Permaisuri Agong

Beberapa hari lalu tular ciapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tentang penggunaan Bahasa Kebangsaan Baginda.

“Ada masa Bahasa Malaysia saya kurang betul dan saya malu, tetapi kalau Bahasa Inggeris saya tidak betul. Saya tidak malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya. Saya anak Melayu!,”

Ciapan tersebut nyata menyemarakkan lagi semangat dan perasaan cintakan Bahasa Kebangsaan di kalangan warga Malaysia berikutan ‘semboyan’ yang dilaungkan oleh Permaisuri Agong itu.

Sebentar tadi, baginda memuatnaik satu lagi ciapan di laman twitternya.

Baginda turut berseloroh dengan mengimbau kembali kenangan bersama dengan Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi.

Jelasknya lagi, Baginda tidak menafikan banyak baiknya kalau fasih dalam banyak bahasa namun jangan pandang rendah kepada Bahasa Kebangsaan.

Permaisuri Agong juga menyatakan bahawa Baginda sangat kagum dengan Profesor Lim See Tin tatkala mendengar beliau membacakan sajak yang dikarang sendiri oleh beliau.

Warga net berpusu-pusu memenuhi ruangan komen untuk berkongsikan pendapat mengenai isu ini.

Sama juga dengan Mendiang Prof Khoo Kay Kim, beliau pun fasih berbahasa melayu sebab sepanjang hayat mereka ini memang fokus pada kerjaya berkaitan kemelayuan.

Pensyarah saya pun berbangsa cina sangat lancar berbahasa Melayu dengan betul, sangat kagum dengan beliau

Benar Tuanku, kebanyakkan rakyat kini lebih memartabatkan bahasa lain dari bahasa ibunda sendiri

Tidak kira bangsa apapun kita, kita harus bangga dengan bahasa kita

Sumber: Azizah Iskandar

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.