Siakap Keli
Gambar Hiasan

SPR Nafi Dakwaan Pilihan Raya Negeri Di Perak, Nasihatkan Media Rujuk Dulu Sebelum Sebar Berita

Berita yang tular di media sosial mengenai dakwaan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan di negeri Perak tidak lama lagi adalah tidak benar.

Terkini, satu kenyataan media dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tentang penafian dakwaan Perak bakal adakan pilihan raya negeri.

Difahamkan dalam petikan  tersebut, SPR menafikan dakwaan bahawa SPR sedang mengambil tindakan untuk mengadakan pilihan raya di Negeri Perak seperti yang dilaporkan pada 9 Oktober lalu.

Menurut laporan berita tersebut, dipercayai surat daripada jabatan Pendidikan Negeri Perak kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak berhubung kelulusan dalam mengadakan lawatan ke sekolah tersebut adalah untuk pusat mengundi.

Dalam kenyataan media tersebut, pihak SPR menjelaskan bahawa lawatan ke sekolah-sekolah tersebut merupakan urusan semakan yang dijalankan oleh SPR dari semasa ke semasa. Urusan tersebut sudah dijalankan sejak tahun 2018 bagi tujuan melihat kesesuaian pusat mengundi sedia ada.

Perkara ini untuk memastikan jumlah pengundi tidak terlalu ramai untuk sesebuah pusat mengundi selarasa dengan Seksyen 7(2) Akta Pilihan Raya 1958.

 

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)