Siakap Keli

(Video) Motor Lain Main ‘Cilok’ Punya Pasal, Abang LC Terbabas Langgar Suzuki Swift Tak Sempat Elak

Satu video yang memaparkan kejadian kemalangan diantara sebuah motor dan sebuah kereta pada rabu (9/10/2019) telah tular di media sosial.

Insiden yang berlaku pada pukul 7.38 pagi itu dipercayai berlaku di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada sebuah motor Kawasaki yang cuba menukar lorong secara melulu tanpa memberikan lampu ‘signal’.

Kemudiannya, sebuah motor jenis Yamaha yang datang dari lorong tersebut tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang sebuah kereta.

Pemandu kereta serta orang awam yang berada berdekatan bertindak membantu mangsa sementara penunggang motor Kawasaki yang dipercayai menjadi punca pada kemalangan tersebut mengendahkan kejadian itu dan meneruskan perjalanannya.

Sikap yang ditunjukkan oleh penunggang motor Kawasaki itu telah membangkitkan kemarahan netizen-netizen di media sosial.

Walau bagaimanapun, sikap yang ditunjukkan oleh pemandu kereta yang dilanggar itu mendapat pujian dari netizen kerana bersikap prihatin dan tenang semasa kejadian itu.

Sumber: Sukan Star

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.