Siakap Keli
Gambar Twitter

Bintang Kpop, Sulli Ditemui Mati Gantung Diri Di Rumah, Tekanan Perasaan Dipercayai Jadi Punca

Hari ini, menjadi trending di laman Twitter dengan lebih 100 juta kicau mengenai pelakon dan penyanyi terkenal Korea, Sulli ditemui mati di sebuah kediaman yang dipercayai miliknya di Seongnam, Gyeonggi.

Pengurus peribadinya berkata, mangsa ditemui sudah tidak benyawa di kediamannya sekitar jam 3.21 petang hari ini. Tambahnya, terakhir dia menelefon mangsa pada hari Ahad lalu dan ingin melawatnya pada hari ini namun sudah terlambat dan didapati Sulli tidak bernyawa lagi.

Menurut anggota bomba daripada Seongnam mengesahkan bahawa mangsa mati akibat mengantung diri dipercayai akibat daripada tekanan.

Sulli atau nama sebenar Choi Jin-ri terlibat dalam bidang lakonan sejak umur kanak-kanak. Mangsa juga salah seorang kumpulan K-pop, f(x) yang ditubuhkan pada tahun 2009.

Sejak tahun 2014 dikatakan mangsa ingin berhenti dalam bidang lakonan kerana kebencian dan khabar angin dalam media sosial menjadi subjek utamanya.

Selepas tahun berikutnya, mendiang meninggalkaan kumpulan tersebut dan menjadi pengacara dalam rancangan “Night of Hate Comment” JTBC.

Rata-rata peminat dan rakan artis lain menzahirkan rasa sedih dengan kejadian yang menimpa Sulli.

Sumber: Koreaboo, Koreaherald

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)