Siakap Keli
Gambar: OPB / Metro Uk

Bukan Sekadar Topi Biasa, Ini Sebab Kenapa Graduan Perlu ‘Hormat’ Ketika Memakainya

Musim konvokesyen yang sedang berlangsung sekarang sudah pastinya antara detik yang sangat ditunggu-tunggu oleh para graduan. Bukan itu sahaja, segala pengorbanan dan penat lelah menimba ilmu pelajaran sama ada di peringkat diploma mahupun ijazah bagaikan dihargai melalui majlis konvokesyen yang dijalankan.

Perasaan bangga yang menebal di dalam hati juga dihiasi dengan kehadiran ibu bapa serta saudara terdekat yang sama-sama meraikan kejayaan seorang alumni yang telah berjaya mengenggam segulung ijazah. Pakaian rasmi konvokesyen seperti jubah dan ‘mortar board’ yang disemat pada tubuh para graduan juga yang akan menghiasi dewan besar tempat sidang konvokesyen itu dijalankan.

Namun begitu, pernahkah anda terfikir signifikan pemakaian topi konvo atau mortar board yang dipakai?

Gambar: OPB

Ramai yang beranggapan bahawa pemakaian jubah dan mortar board (topi) konvokesyen berasal dari negara Barat yang merupakan tradisi penganugerahan kepada sarjana-sarjana ilmuan. Namun, ianya mempunyai sudut pandangan yang berbeza dari segi agama Islam.

Menurut Amirul Islam, Presiden Persatuan Islam Universiti Oxford, topi konvo yang dipakai oleh para graduan merupakan simbol kepada al-Quran yang diletakkan pada tempat yang tertinggi oleh seseorang. Tambahnya lagi, apabila seseorang itu membawa  ‘mortar board’ bersama, ianya seolah-olah membawa ‘al-Quran’ bersama dirinya.

https://www.youtube.com/watch?v=Bb21j1IIu2w

Menerusi portal Islamicate pula, topi mortar board berasal daripada para ulama yang meletakkan al-Quran di atas mortar yang berbentuk segi empat. Ianya bagi melambangkan keutamanaan kitab tersebut yang mengatasi segala ilmu intelek.

Rumbai yang terdapat pada bahagian atas topi konvo pula adalah sebagai penanda untuk halaman-halaman al-Quran yang dibacakan. Pemakaian sedemikian dapat membuktikan ketinggian ilmu yang dimiliki dan akan bertanggungjawab dengan ilmu yang diperolehi setelah beberapa tahun bertungkus lumus.

Disebabkan perkara itu, budaya melambung ‘mortar board’ dilihat sebagai satu perbuatan yang kurang sopan kerana ianya dikaitkan dengan al-Quran. Walaupun jubah dan ‘mortar board’ hanyalah merupakan pakaian rasmi bagi sidang konvokesyen, namun adab terhadapnya juga perlu dipelihara agar dapat membuktikan sifat hormat para graduan pada ilmu pengetahuan.

Sumber: Youtube Abdullah Faiz Zain / Islamicate

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra