Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kedua-dua mereka yang merupakan bekas penuntut di negara ini menawarkan kaedah untuk mendapatkan wang dalam jumlah yang banyak dengan hanya bermodalkan RM10,000.
Beliau berkata kedua-dua mereka yang masing-masing berusia 36 dan 37 tahun itu ditahan dalam operasi kira-kira 6 petang.
“Pemeriksaan dalam premis menemui pelbagai peralatan termasuk sebotol cecair kimia, sebungkus serbuk putih dan 123 keping kertas mata wang asing yang disyaki palsu.
“Siasatan mendapati suspek menyasarkan mangsa di kawasan hotel, tepi jalan dan kawasan parkir dengan tawaran untuk mendapatkan wang dengan jumlah yang banyak,” kata Mazlan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.