Siakap Keli

“Segala Yang Terjadi Atas Kehendak Allah, Kita Tak Ada Hak Tentukan Betul Atau Salah” – Adik Suspek

Kejadian pembunuhan kejam yang melibatkan seorang wanita berusia 27 tahun dan anak lelakinya yang berusia 11 tahun ternyata menggemparkan ramai. Seorang suspek yang mempunyai kaitan dengan mangsa turut ditahan di Singapura dengan kerjasama polis negara berkenaan.

Biarpun kes masih berada dalam siasatan, rata-rata netizen telah membanjiri media sosial suspek dengan membuat pelbagai spekulasi dan andaian.

Ekoran itu, seorang lelaki yang dipercayai adik kepada suspek tampil memberi kenyataan dengan meminta supaya semua netizen berhenti berkongsi dan memberi sebarang komen berhubung kes tersebut.

Melalui komen yang ditinggalkan di Facebook suspek, Amiruddin Zuraimy berkata, pendapat yang tidak mendatangkan manfaat harus dihentikan kerana manusia tidak mempunyai hak untuk menentukan betul atau salah.

Ini kerana menurutnya, semua yang terjadi itu adalah kehendak Allah yang telah mengaturkan segalanya.

Segala yang terjadi atas kehendak Allah

Kenyatan tersebut ternyata mengundang rasa kurang senang netizen yang menganggap ianya sebagai cubaan untuk menyokong suspek.

Salah tetap salah kerana dikerat itu manusia, bukan ayam

Pergi backup tu kenapa?

Sumber : Shahrul Nizam Zuraimy

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra