Siakap Keli

(Video) Istiadat Konvokesyen Dicemari Tindakan Seorang Graduan, Didakwa Protes Minta Naib Canselor Berundur

Kebanyakkan universiti ketika ini sedang sibuk menjalankan Istiadat Konvokesyen di universiti masing-masing bagi meraikan para graduan yang berjaya menamatkan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Namun, hari ini tular sebuah video di sebuah Majlis Istiadat Konvokesyen di sebuah universiti tempatan apabila seorang graduan didakwa melaungkan protes supaya naib canselor universiti berundur dari jawatan beliau. Rata-rata warga Twitter berpendapat, tindakan graduan tersebut tidak kena dengan majlis dan dianggap biadap.

Graduan tersebut dikatakan kembali semula ke atas pentas bersama sekeping plakad dan menjerit sebelum turun dari pentas dalam Istiadat Konvokesyen tersebut.

 

Sumber: Twitter

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)