Siakap Keli

Malukan Fizikal Seseorang Guna Aplikasi Boleh Didenda Dan Dipenjara – KKM

Seperti yang diketahui, body shaming merupakan perilaku negatif di mana seorang individu mengejek, memalukan dan mengkritik orang lain berkenaan tubuh badannya.

Jika dahulu perbuatan ini hanya dilakukan secara fizikal (berhadapan) namun seiiring dengan kemajuan teknologi, ramai yang menggunakan medium ini untuk melakukan perkara tidak sepatutnya.

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia ada memuatnaik ciapan di laman twitter tentang perkara ini. Pihak KKM menjelaskan bahawa perlakuan menghina fizikal seseorang menggunakan khidmat aplikasi sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan mental mangsa.

Mangsa yang terjejas akan mengalami stress, gangguan emosi, hilang kecelaruan diri, kemurungan dan ada yang sehingga membunuh diri.

Di samping itu, KKM menjelaskan bahawa body shaming merupakan jenayah buli siber. Mangsa boleh buat laporan polis atau kepada SKMM. Mengikut Sekyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM50K atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Ciapan berkenaan mendapat perhatian dari netizen yang seterusnya memenuhi ruangan komen dengan pertanyaan, reaksi dan perkongsian pengalaman mereka.

Malah ada netizen yang mendakwa bahawa body shaming ini termasuklah perilaku mengejek speech impediments (halangan pertuturan), pelat, gagap dan sebagainya.

Selain itu, KKM turut menjawab soalan netizen berkaitan dengan perbuatan body shaming yang terjadi secara nyata dan menjelaskan tentang langkah yang sepatutnya diambil oleh mangsa.

Tidak terkecuali ada individu yang turut berkongsi pengalaman yang pernah terjadi kepada dirinya

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.