Siakap Keli

Mat Sabu Dilantik Sebagai Penasihat KAFA, Berkuatkuasa Semalam

Menerusi laman sosial Kelantan FA Team Red Warrior, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah mengumumkan pelantikan Yang Berhormat Menteri Pertahanan, Tuan Haji Mohamad Sabu sebagai penasihat badan induk bola sepak Kelantan, berkuatkuasa semalam.

YB MOHAMAD SABU DILANTIK PENASIHAT KAFAPERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengumumkan pelantikan Yang Berhormat…

Posted by Kelantan FA Team Red Warriors on Thursday, 17 October 2019

Menurut perkongsian tersebut, persetujuan tersebut dicapai selepas Presiden KAFA, Dato Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau di Wisma Kementerian Pertahanan, di ibu negara.

“Bagi pihak KAFA, kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan di atas kesudian beliau menerima pelantikan sebagai penasihat persatuan ini.

“Beliau akan bertindak selaku penasihat persatuan tetapi tidak mencampuri urusan Majlis Penasihat KAFA yang diwujudkan tiga bulan lalu dan berfungsi sebagai sokongan ke atas usaha menambah baik bola sepak Kelantan,” katanya.

Sumber: OfficialKelantanFA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.