Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lee Tuck Juara Hyrox Asian Championship Dua Tahun Berturut-turut
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Lee Tuck, sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila berjaya mempertahankan kejuaraannya dalam HYROX Asian Championship bagi kategori umur 35-39 tahun.
Lebih membanggakan, ini merupakan kali kedua berturut-turut beliau dinobatkan sebagai juara dalam kategori yang sama, selepas meraih gelaran tersebut pada edisi 2023-2024.
“Perasaan yang luar biasa bila segala pengorbanan akhirnya berbaloi dan impian yang selama ini diusahakan tercapai juga.
“Dua kali menang pingat emas berturut-turut di Kejohanan HYROX Asia. Tempat lain, cabaran pun berbeza. Tapi semangat tetap sama — datang, bertanding, dan beri sepenuh usaha.
“Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sokong saya — kawan-kawan, keluarga, penaja dan semua yang sudi menyumbang untuk jayakan misi ini.
“Kita teruskan lagi. Dah berjaya capai satu tahap baru,” tulis Lee menerusi satu hantaran video di laman Facebook peribadinya.
https://www.facebook.com/reel/1083273607051849
BACA: Ketika Selangor Datang Ke Indonesia, Yang Dicari Bukan Saya – Bambang Pamungkas
BACA: Safee Letak Jawatan Presiden PFAM
BACA: Ronaldo Tandatangan Kontrak Baharu, Termahal Dalam Sejarah
Sumber: Lee Tuck