Siakap Keli

“Saya Tak Setuju Desakan Untuk Merampas Ijazah” – Syed Saddiq

Tindakan yang dilakukan oleh seorang graduan yang melancarkan protes ketika Majlis Istiadat Konvokesyen di Universiti Malaya dilihat sebagai satu tindakan yang tidak menghormati protokol majlis dan juga tetamu yang hadir.

Susulan daripada perkara itu, pelbagai spekulasi yang timbul dalam kalangan pelbagai pihak terutamanya netizen. Tidak terlepas insiden berkenaan, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq juga turut memberikan pandangannya di laman Twitter.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh Syed Saddiq, dia juga menyatakan pendiriannya yang juga tidak bersetuju menjadikan pentas Konvokesyen sebagai pentas protes.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Tambahnya lagi, hari tersebut merupakan hari untuk semua graduan dan ibu bapa bergembira serta meraikan kejayaan anak-anak mereka.

Mengulas mengenai desakan untuk merampas ijazah berkenaan, Syed Saddiq nyata tidak bersetuju dengan perkara tersebut. Menurutnya, tindakan tersebut hanya akan merendahkan status pendidikan yang dilalui oleh pelajar berkenaan sepanjang empat tahun pengajian.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai pandangan yang diberikan oleh netizen berhubung ciapan yang dimuat naik oleh Menteri Belia dan Sukan tersebut.

“Aku setuju ijazah tarik balik.. kalau rasa nak berpolitik tak perlu ambik ijazah, xyah huru hara kan tempat konvo”

“Banyak lagi method lain yang tak merosakkan hari gembira orang lain”

“Lain kali sebelum bertindak fikir dulu 100 kali. Baik buruk kena nak jadi tanggung la sendiri”

“Dah kalau tak ambik tindakan, pas ni ramai lagi la buat benda yang sama. Apa nak takut? Bukan ada tindakan pun”

Sumber: Syed Saddiq

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra