Menurut laporan berita, seorang lelaki meninggal dunia dipercayai disambar petir ketika pulang daripada solat Jumaat bersama anaknya di Alor Setar, hari ini.
Kejadian yang berlaku pada 2.30 petang tadi, lelaki bekenaan baru sahaja pulang usai solat Jumaat menaiki motorsikal dijumpai terbaring bersama anaknya oleh penduduk di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut dilaporkan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.
Sumber: Sinar Harian