Siakap Keli
Kredit: Google

“Maaf Kak, Saya Dah Mula Sayang Suami Kak”, Demi Thesis, Wanita Ini Pura-Pura Bercinta Dengan Suami Orang, Tetapi Jatuh Hati Betul-Betul

Thesis merupakan fasa penting untuk para pelajar mempraktikkan ilmu yang dipelajari bagi memahami suatu pengetahuan dengan lebih mendalam.

Antara metodologi kajian ialah melalui soal selidik, temubual, pemerhatian, eksperimen dan kajian kes. Tidak kira apa cara yang digunakan, etika penyelidikan mestilah dipatuhi antaranya kejujuran, integriti, tanggungjawab sosial serta perlindungan ke atas subjek manusia dengan melindungi mereka daripada segala kesan buruk.

Walaubagaimanapun, seorang individu yang mengaku sebagai pelajar jurusan Syariah telah berkongsi ‘hasil kajiannya’ melalui laman Luahan Orang Bujang, membuatkan golongan isteri-isteri di luar sana berang disebabkan cara kajiannya yang didakwa boleh merosakkan rumah tangga orang.

Berikut adalah perkongsiannya.

Salam min. Saya merupakan pelajar jurusan Syariah . Sekarang ini, saya sedang bercinta dengan beberapa orang suami untuk dijadikan sebagai “unknown respondents” untuk kajian saya. Kajian saya adalah berkaitan kecurangan suami dalam rumah tangga.

Kebanyakan suami yang saya pilih adalah merupakan pekerja makan gaji di sekitar Kuala Lumpur etc. pegawai askar, bomba, penguatkuasa, akauntan dan lain-lain. Cara kerja saya adalah bercinta selama seminggu dan keluar bersama sebanyak dua kali.

Sebelum itu, saya ingin meminta maaf sekiranya suami tersebut berkemungkinan suami kakak-kakak sekalian.

80% dari responden saya ini mula jatuh cinta dengan saya dan mengajak saya untuk berkahwin walaupun tempoh perkenalan hanya seminggu.

Ada yang sanggup beli telefon dan kad sim baru semata-mata untuk menghubungi saya. Ramai yang mengadu ingin dibelai dan inginkan kasih sayang. Secara keseluruhannya, apa yang dapat saya simpulkan tentang punca kecurangan responden saya ini ialah;

  1. Isteri terlalu sibuk dengan media sosial sehingga lupakan suami.
  2. Isteri sudah tidak kelihatan cantik dan tidak terurus.
  3. Isteri tidak mahu melayan nafsu batin suami.
  4. Isteri sudah tidak hormat pada suami, bercakap dirumah pun “aku kau”.
  5. Perempuan di luar yang lebih menggoda.

Jadi, saya ingin ajukan soalan terbuka kepada pihak suami. Apa sebenarnya yang suami inginkan dari seorang isteri? Layanan setiap hari? Kelihatan cantik setiap saat? Zuhud dan lupakan media sosial?

Dan khilaf saya, terjatuh cinta dengan salah seorang responden saya, penguatkuasa JPJ di UTC. Maaf akak, saya dah mula sayang suami akak.

Luahan individu ini membuatkan netizen yang rata-rata golongan isteri berasa tidak senang duduk dengan pengakuannya yang disifatkan tidak menepati etika dan tidak patut dilakukan atas nama kajian.

“..Tahniah sebab dah berjaya meretakkan masjid yang elok terbina. Kalau agak-agak taknak runtuhkan sila la plaster semula dan carilah tanah lapang lain dan bina masjid di situ ya.”

“Jika saya penyelia kamu, saya akan usulkan agar kamu digantung pengajian dan penyelidikan kamu dibakul-sampahkan”

“Jatuh cinta memang mudah bagi mereka yang ‘murah’..”

“Suruh si suami jandakan isteri dia, mesti isteri dia cantik balik”

“Kenapa sanggup buat macam ni?”

Jangan lupa jemput kenduri, teringin nak tengok jugak lawa tahap mana.

“Nikah duduk serumah sekali pun tak..”

 

 

Sumber: Luahan Orang Bujang

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.