Siakap Keli

(Video) Suara Macam Tersangkut-Sangkut, MP Nibong Tebal Rebah Sebelum Sempat Habiskan Ayat Ketika Berbahas

Sesi perbahasan Dewan Rakyat pada petang ini terpaksa diberhentikan seketika selepas Ahli Parlimen Nibong Tebal iaitu Datuk Mansor Othman rebah semasa sedang menghujahkan bahas beliau.

Beliau dilihat terhenti seketika semasa berucap sebelum terhoyong-hayang dan rebah. Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Subang Jaya Wong Chen yang berada di sebelahnya sempat menyambut beliau.

Turut kelihatan Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh yang meluru ke arah beliau selepas sedar akan situasi panik itu bagi membantu ahli Parlimen berkenaan.

Melihat pada keadaan itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming yang bertugas semasa sidang Dewan Rakyat itu berlangsung mengarahkan pasukan perubatan yang berada di luar dewan untuk masuk bagi memberikan rawatan awal kepada ahi Parlimen tersebut.

Persidangan Dewan Rakyat itu juga turut ditangguhkan kira-kira lima minit untuk memberi laluan atas insiden berkenaan.

Atas tindakan pantas pasukan perubatan dalam memberikan rawatan awal kepada Ahli Parlimen Nibong Tebal itu, beliau telah dilaporkan sedar dan dipapah keluar dewan kira-kira 10 minit selepas rawatan awal diberikan kepadanya.

SAAT-SAAT AHLI PARLIMEN NIBONG TEBAL REBAH

SAAT-SAAT AHLI PARLIMEN NIBONG TEBAL REBAH.Doakan beliau..Kredit Video > KiniTV BM

Posted by Friends Of PDRM on Monday, 21 October 2019

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.