Siakap Keli

“Bodoh Tu Simpan Sikit,” Wanita Marah Sampai Menggigil Dakwa Layan Penjual Online Biadap Dan Rasis

Seiring dengan peningkatan jumlah pembelian atas talian, banyak portal-portal jualan online mula muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Pembelian secara online kini lebih menjadi pilihan kerana terbukti ia lebih menjimatkan wang, tenaga dan masa. Malah barang yang dipesan terus sampai ke depan pintu rumah dengan hanya satu klik.

Namun, baru-baru ini tular

satu ciapan yang dimuatnaik oleh Bella di laman twitter. Bella telah berkongsi pengalaman ‘ngerinya’ berhadapan dengan seorang penjual di salah satu portal jualan online.

Bella mendakwa bahawa penjual berkenaan bersikap kurang ajar dan rasis.

“Alkisah hari ini, saya tak pernah jumpa wanita paling kurang ajar dan rasis macam dia nih! Saya tak tahu kenapa dia bersikap seperti itu. Sangat biadap, saya menggigil sebab marah sangat!”

Gambar: Twitter

Pada mulanya, Bella menjelaskan bahawa dia berminat untuk membeli sebuah peti ais terpakai yang dijual. Jadi, dia telah menghubungi penjual berkenaan melalui aplikasi mesej di dalam portal terbabit.

Namun ketika Bella meminta kebenaran untuk datang melihat keadaan peti ais itu, penjual itu tiba-tiba menjawab dengan cara kurang sopan.

Gambar: Twitter

Bella yang tersentak dengan ayat penjual itu lantas membalas bahawa sudah menjadi kebiasaan dirinya untuk melihat keadaan barang yang dijual sebelum membelinya.

Gambar: Twitter

Penjual terbabit terus ‘menyerang’ Bella dengan kata-kata kesat dan setelah ditegur Bella tentang caranya yang kurang sopan ketika melayan pelanggan.

Gambar: Twitter

“Awak penjual paling biadap pernah saya jumpa!”

 

Gambar: Twitter

Tidak terhenti di situ, penjual tersebut terus membalas,

“Perempuan pun ada ke yang bod*h macam ni?”

“Patutlah lelaki melayu selalu cakap perempuan bod*h,”

Gambar: Twitter

Justeru, ciapan tersebut dihujani pelbagai rekasi dan komen dari netizen tang rata-rata mengkritik tindakan penjual berkenaan yang disifatkan biadab.

Mungkin penjual tu ada pengalaman sebelum ni, orang tak jadi beli kat dia ke..

Mesti ada perempuan melayu pernah layan dia macam tu, that’s why dia buat balik kat orang

Tak perlu serang penjual tu, mungkin tindakan dia salah tapi tak perlu cyber bully dia!

Sumber: Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)