Siakap Keli
lelaki kahwini cinta pertama
Kredit: South China Morning Post

Terpisah Beberapa Dekad, Lelaki Kahwini Cinta Pertama Pada Usia 86 Tahun

Terpisah Beberapa Dekad, Lelaki Kahwini Cinta Pertama Pada Usia 86 Tahun

Seorang lelaki berusi 86 tahun mencuri tumpuan apabila berkahwin dengan cinta pertamanya semasa zaman universiti, setelah terpisah selama berpuluh-puluh tahun lamanya.

Menurut SCMP, berita perkahwinan itu pantas menjadi tular dan medapat reaksi positif daripada warga maya serta menerima restu daripada penduduk setempat.

Difahamkan, Zhou Guilin yang berasal dari bandar Yiyang dalam wilayah Hunan berkahwin dengan Yang Xiugui, 81, pada 14 April lepas.

Lapor portal berita itu lagi, Zhou sebelum ini pernah menuntu di Universiti Peking dalam jurusan undang-undang. Ketika menuntut di salah satu universiti paling berprestij di China itu, dia berkenaan dengan Yang dan menjalin percintaan.

Kenal di universiti dan terpisah selama puluhan tahun, lelaki kahwini cinta pertama pada usia 86 tahun

Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas membawa haluan masing-masing selepas menamatkan pengajian.

Zhou dan Yang kemudian berkahwin dengan pasangan pilihan masing-masing dan membina keluarga sendiri.

Kredit: South China Morning Post

Pasangan ini turut mencipta puisi sendiri semasa hari perkahwinan

Namun selepas pasangan mereka meninggal dunia, kedua-duanya bertemu kembali dan menjalin semua hubungan percintaan yang terputus sebelum ini.

Didorong oleh rasa cinta yang wujud, Zhou dan Yang seterusnya memutuskan untuk mengakhiri hubungan tersebut kali ini dengan perkahwinan.

Menerusi SCMP majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung secara sederhana dan hanya dihadiri oleh keluarga serta rakan terdekat.

Apa yang menarik perhatian tentang majlis berkenaan adalah hiasan dengan puisi menyentuh hati yang dipasang di sekitar venus majlis tersebut.

Puisi indah iringi hari bahagia

“Selama 60 tahun (kami) bagaikan burung layang-layang yang terpisah. Tiada buku brocade (buku teks pelajar kolej) yang mampu menceritakan betapa mendalamnya kerinduan ini.

“Satu abad harapan yang tulus dan kini diiringi cahaya lilin merah, kami menulis semua cinta pertama kami,” tulis puisi tersebut.

Dalam majlis itu, kedua-duanya kelihatan begitu bahagia dan sempat menari bersama-sama.

BACA: Kenali Battersea Power Station, Mercu Tanda Milik Malaysia Di London

Sumber: South China Morning Post

Athirah

When nothing goes right, go left.