Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lebih Empat Dekad Berlari, Lelaki 78 Tahun Berjaya Tamatkan Larian Terakhirnya

Lebih Empat Dekad

Lebih empat dekad mengabdikan diri dalam dunia larian, seorang lelaki berusia 78 tahun berjaya menamatkan penyertaan terakhirnya dalam acara TCS New York City Marathon 2026 selepas melengkapkan perlumbaan itu buat kali ke-43.

James Thomas, yang lebih dikenali sebagai Marty dalam komuniti larian, mencuri perhatian ramai apabila berjaya menamatkan larian yang melibatkan lima borough di New York itu pada usia 78 tahun.

Pencapaian tersebut bukan sekadar satu lagi kejayaan dalam rekod peribadinya, malah menjadi penutup kepada perjalanan panjang yang sudah bermula sejak 1980.

Sepanjang lebih empat dekad, Marty tidak pernah berhenti kembali ke acara berkenaan dan terus mengharungi cabaran fizikal bagi menyelesaikan perlumbaan yang menjadi sebahagian besar daripada kehidupannya.

Tiba Di Garisan Penamat Sekitar 11.20 Malam, Umum Larian Terakhir

Kredit: Instagram New York Marathon

Menurut hantaran Instagram New York Marathon, Marty merupakan antara peserta terakhir yang berjaya menamatkan perlumbaan tahun ini apabila melintasi garisan penamat sekitar jam 11.20 malam.

Walaupun tiba pada lewat malam, kehadirannya tetap disambut dengan sorakan dan sokongan daripada peminat serta penduduk New York yang berada di sepanjang laluan.

Saat tersebut menjadi lebih bermakna apabila Marty mengumumkan bahawa penyertaannya pada tahun ini merupakan yang terakhir selepas 43 kali mengambil bahagian dalam acara berkenaan.

Menurutnya, dia sebenarnya masih mempunyai keinginan untuk terus berlari, namun menyedari keadaan fizikalnya sudah tidak lagi mengizinkan untuk mengharungi cabaran yang sama.

Keputusan itu pastinya bukan sesuatu yang mudah memandangkan larian berkenaan sudah menjadi sebahagian daripada rutin dan kehidupannya sejak lebih 40 tahun lalu.

Lebih Empat Dekat Berlari, Netizen Beri Penghormatan Atas Semangat Luar Biasa

Kisah pelari empat dekad itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta penghargaan atas pencapaiannya.

Ramai menyifatkan kejayaannya menamatkan perlumbaan sebanyak 43 kali sebagai sesuatu yang luar biasa, lebih-lebih lagi apabila dia masih mampu melakukannya pada usia 78 tahun.

Bagi sesetengah orang, kejayaan dalam sukan bukan semata-mata tentang siapa yang paling pantas atau siapa yang tiba dahulu di garisan penamat.

Sebaliknya, kesungguhan untuk terus melangkah, mengharungi cabaran dan tidak mudah berputus asa juga merupakan satu pencapaian yang wajar dihargai.

Walaupun Marty memilih untuk tidak lagi menyertai acara tersebut, pencapaiannya pastinya meninggalkan kenangan tersendiri buat komuniti larian dan mereka yang mengikuti perjalanannya.

Intipati
  • James Thomas menamatkan TCS New York City Marathon 2026 buat kali ke-43.
  • Pelari berusia 78 tahun itu mengumumkan penyertaan tersebut sebagai larian terakhirnya.
  • Marty melintasi garisan penamat sekitar 11.20 malam dan disambut penyokong.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan