Acara sukan triatlon jarak jauh Ironman Malaysia berlangsung di Langkawi hari ini, dengan para peserta sedang berusaha menamatkan cabaran masing-masing.
Dalam kemeriahan acara itu, kelibat seorang warga emas, Ariffin Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Pakcik Ariffin, turut mencuri perhatian ramai.
Beliau sebelum ini pernah menjadi perhatian kerana berjaya menamatkan acara larian Malaysia Taman Negara Ultra 2026 dengan berkaki ayam.
Menjengah ke Threads, beberapa pengguna dilihat berkongsi mengenai kelibat Pakcik Ariffin yang turut menyertai acara berkenaan.
Malah, pihak Ironman Malaysia sendiri turut berkongsi beberapa video yang memaparkan Pakcik Ariffin ketika acara tersebut berlangsung.
Perkongsian itu mendapat perhatian orang ramai yang memberikan kata-kata semangat serta menitipkan doa agar beliau berjaya menamatkan cabaran berkenaan.
